"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: 3000 Hadir Dengar Amanat Pimpinan Pakatan Rakyat

Ceramah Perdana anjuran Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyaksikan kebanjiran 3000 orang yang terdiri dari pelbagai kaum bagi mendengar amanat terakhir dari pimpinan Pakatan Rakyat sebelum kempen berakhir tepat jam 12 malam.

Seawal jam 830 malam lalu lintas terpaksa dikawal bagi mengelakkan kesesakan. Mereka yang hadir terdiri dari pelbagai kaum dan terdapat juga mereka yang hadir jauh dari Singapura bagi mengikuti ceramah berkenaan.

Keadaan hujan renyai dan duduk beralaskan surat khabar tidak menghalang mereka dari terus mengikuti ceramah yang dilangsungkan. Suasana menjadi gamat dengan laungan reformasi mengiringi ketibaan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat komited dengan perjuanganya untuk mewujudkan satu budaya politik baru menghormati undang-undang.

Beliau berkata, masyarakat di Malaysia khususnya di Permatang Pasir perlu menjadikan pilihan raya kecil pada kali ini sebagai satu titik tolak untuk merubah kerajaan yang penuh dengan penyelewengan dan mengamalkan kronisme.

“Ada gambar Ketua Umno Kedah (Mahadzir Khalid) hendak beli wakil rakyat kita, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia rakam. Ada tindakan yang diambil? Tidak. Sebab Umno ada undang-undang khas untuk dia.

“Curi tak apa, bunuh tidak mengapa, rompak pun tidak mengapa, komisyen korupsi tinggi. Menteri Pertahanan ambil komisyen RM400juta,” katanya.

Anwar berkata, orang Melayu menjadi rakyat miskin tegar di negara ini disebabkan mempunyai pemimpin kerajaan yang rasuah dan zalim.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat memberi sokongan kepada calon Pas Salleh Man sebagai tanda sokongan kepada Pakatan Rakyat dan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baru.

“Yang kita miskin padahal AP sahaja puluh billion ringgit, saham bumiputera puluh billion ringgit, kontrak bumiputera puluh billion ringgit, minyak ratus billion ringgit. Kenapa Melayu miskin kerana adan pemimpin Melayu rasuah yang ambil kesemuanya,” katanya.

Sementara itu, bekas Menteri Undang Datuk Zahid Ibrahim dalam ceramah yang sama dihadiri lebih 2000 orang berkata, Umno-BN merupakan sebuah parti yang tiada masa depan.

Katanya, Umno-BN telah membuktikan parti berkenaan tidak menghormati rakyat dengan mengemukakan calonnya Rohaizat Othman yang telah disenarai hitam Majlis Peguam.

“Kalau tidak layak menjadi peguam, bagaimana beliau mahu menjadi wakil rakyat? Tetapi Umno kata boleh,” katanya.

Naib Presiden PKR Azmin ali berkata, gejala rasuah di kalangan pemimpin Umno-BN bukan sahaja melibatkan golongan pemimpin senior tetapi turut berlaku di kalangan pimpinan muda parti berkenaan.

Menurutnya, rakyat seharusnya memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang telus dan menjaga kepentingan semua rakyat tanpa mengira bangsa.

“Dalam Umno dari tua sehingga muda semuanya perompak dan perasuah, kenapa kita hendak memilih orang muda yang merompak, rasuah dan tidak menjaga hak koperasi baik sokongan Lim Guan Eng anak muda yang baik dan amanah.

“Baru satu penggal jadi Menteri Besar (Khir Toyo) sudah bina mahligai, dengan berani mengatakan apa salahnya mantan MB bina mahligai takkan hendak duduk di pondok. Nik Aziz masih MB sejak 20 tahun duduk di pondok menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta semua masyarakat di Permatang Pasir menunjukkan sokongan kepada calon Pas Salleh Man bagi membenamkan Barisan Nasional.

“Bulan Ramadhan bulan mulia, adil ditegak rakyat dijaga, bulan suci harapan menyala, undi bulan dapat pahala….betul tidak?

“Jangan percaya lagi tuduhan BN dan penting kita bawa perubahan sama-sama dirikan sistem kerajaan bersejarah di Malaysia iaitu kita hendak tubuhkan kerajaan berjiwa rakyat bukan kerajaan bersikap kronisme,” katanya.

-tvantara.com-

Tiada ulasan: