"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Rais Hina Serban

Amir Hamzah

Hairan bin ajaib orang tua yang bergelar 'Doktor ISA' ini. Dalam kekagetan beliau untuk mempertahankan kempen BN yang semakin hancur lebur di Permatang Pasir, beliau menggunakan isu fitnah syurga dan neraka untuk menyerang asakan Pakatan Rakyat.

Sebabnya semua sedia maklum. Sekiranya UMNO kalah di pilihanraya kecil ini, maka kekalahan tipis UMNO di Manek Urai tidak akan membawa apa-apa makna.

Ungkapan yang dilaporkan oleh Malaysiakini menyatakan bahawa beliau mempersilakan TG Nik Aziz untuk menggunakan Mahkamah 'sepanjang-panjang serbannya' memperlihatkan kesombongan seorang ahli politik yang tidak sayangkan pakaian Islam.

Mungkin baginya topi Semangat 46 berwarna merah lebih menarik dan lebih islamik, siap dengan rokok dibibir melengkapkan edisi Islamik Rais Yatim.
[ops+lalang+5.jpg]
Saya terkejut kerana beliaulah manusia terakhir yang akan saya panggil untuk memberikan ucapan berkenaan integriti manusia.

Beliau yang mendapat PhD (Permanent Head Damage) berdasarkan thesis 'menghentam ISA' sepatutnya ditarik balik gelaran itu dan diberikan gelaran lain, seperti STD ataupun Barua Ameno Buta Islam (B.A.B.I.) lebih sesuai.

Withdraw your PhD, if you have any principle that is.

http://puterabatu.blogspot.com

Tiada ulasan: