"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: BN didakwa guna pelajar sekolah rayu undi

Nazri Abdullah
PERMATANG PAUH, 25 Ogos:- Pengarah pilihanraya PAS Permatang pasir, Dato' Mahfuz Omar kesal dengan sikap Umno BN menggunakan pelajar sekolah sebagai perayu undi.

Mereka dipakaikan baju kuning bertulis Pemuda Umno Kepala Batas dan dan baju hitam bertulis Pemuda Umno Baling. Kesemua mereka dikesan oleh salah seorang guru Sekolah Menengah Paya Keladi Kepala Batas yang mengenali murid murid dari sekolahnya itu.

Selain digunakan sebagai pasukan sorak oleh Umno BN, mereka juga telah bertindak ganas apabila didakwa telah memecahkan cermin sebuah kereta di perkarangan Sekolah Bukit Indera Muda pagi tadi.

Selain mereka, Puteri Umno juga turut dikesan menggunakan remaja bawah umur dalam kempen mereka.

Dalam perkembangan terbaru, konvoi motosikal remaja berpakaian kuning berkenaan telah dikepung dan dipukul oleh orang kampung di kampung Kepala Bukit, Bukit Indera Mulia kerana didakwa membuat bising.

Selain itu peratusan kecil keluar mengundi di sebelah pagi juga turut dikesali. Mahfuz mendakwa ianya antaralain berpunca dari penetapan hari mengundi pada hari bekerja dan kegagalan pihak keselamatan menjaga lalulintas sehingga berlaku kesesakan teruk.

Faktor faktor itu katanya telah menyumbang kepada pengundi menjadi malas untuk keluar mengundi.


Tiada ulasan: