Hazayani Zakaria | |
BUKIT MERTAJAM, 26 Ogos: Pengarah Pilihanraya PAS Permatang Pasir Dato' Mahfuz Omar meminta Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) mengambil pengajaran dan mengkaji semula pemilihan hari mengundi pada hari bekerja berikutan kemerosotan peratus keluar mengundi pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir semalam. Beliau yang juga Naib Presiden PAS dalam satu sidang media di markas induk malam tadi berkata, kesannya telah mengakibatkan kesukaran mereka yang bekerja untuk pulang membuang undi. Jumlah keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008. Sementara itu, Ustaz Salleh Man dengan kemenangannya itu berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat yang telah memilihnya sebagai wakil mereka dan menganggap kemenangannya hasil kerja kuat Pakatan Rakyat berhadapan dengan jentera Umno dan juga jentera kerajaan. Pengerusi PKR Pulau Pinang Dato' Seri Zaharin Hashim pula berkata, kemenangan Pakatan Rakyat kali ini sekali lagi membuktikan parti-parti dalam Pakatan dapat bekerjasama dengan baik, tidak seperti yang digembar-gemburkan media milik BN selama ini bahawa Pakatan Rakyat semakin rapuh dan sering bertelagah sesama sendiri. Ujarnya,kemenangan itu juga menggambarkan rakyat kini menaruh harapan terhadap Pakatan Rakyat dan tidak dapat lagi diperbodohkan BN setiapkali dalam kempen pilihanraya mereka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, menewaskan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882 dari majoriti yang diperoleh Bekas ADUN Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mendapat majoriti 5,433 undi. Ini merupakan kemenangan PAS buat kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: Peratus merosot, SPR digesa ubah hari mengundi ke hari cuti
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan