Abdul Aziz Mustafa | |
KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Sehingga hari ini, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hanya mampu menunjukkan garang kosong yang tidak berisi apabila dibangkitkan dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd Datuk Seri Tiong King Sing bahawa beliau memberikan RM10 juta kepada Menteri Pengangkutan itu. Tiong yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat jumlah wang dalam akaun bank peribadi Ong dan isterinya. Walaupun cabaran yang berbau tuduhan itu sangat berat terhadap Ong yang terkenal dengan kehendaknya supaya dilihat bersih dan telus, namun beliau tidak kelihatan berupaya memberikan jawapan yang mampu mematahkan dakwaan Tiong itu. Seolah-olah menambahkan lagi calar pada imejnya, Ong hanya mampu mempersoalkan keperibadian Tiong. "Dia boleh cakap apa sahaja, tetapi saya rasa apa yang penting ialah keadilan dan kebenaran akan mengatasi segala-galanya dan bukan berasaskan cakap dengar oleh individu yang kredibilitinya dipersoalkan," Malaysian Insider memetik Ong berkata dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat MCA hari ini. Pertelagahan Ong dan Tiong di dalam media tercetus apabila Tiong mendakwa memberikan RM10 juta kepada Presiden MCA itu. Tidak diketahui mengapa SPRM enggan menyiasat Ong walaupun pendedahan Tiong itu sudah lama dibuat. Ong bagaimanapun mengesahkan bahawa Bendahari MCA, Tan Sri Tee Hock Seng telah dipanggil oleh SPRM mengenai perkara itu. SPRM kini semakin menjadi kebencian dan kecaman umum sepetti yang terbukti dalam kecaman-kecaman terhadapnya dalam blog-blog dan laman-laman web terutama selepas isu terbunuhnya Teoh Bengf Hock ketika masih lagi dalam siasatan suruhanjaya itu. Kes RM10 juta yang dicetuskan oleh Tiong itu semakin menimbulkan kecurigaan apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan seolah-olah mahu isu pemberian RM10 juta itu disembunyikan apabila menyatakan, pertengkaran terbuka Ong dan Tiong itu telah mencemarkan imej kerajaan dan Barisan Nasional (BN). "Mereka sepatutnya faham kesan percakaran seumpama itu terhadap kerajaan," katanya. Isu itu semakin menarik apabila Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker, mendakwa bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Tiong. "Ramai tokoh Umno dan MCA dikatakan berada dalam senarai payroll beliau. Dalam kata lain, beliau mempunyai hubungan yang rapat dan boleh menggunakan kuasa dan pengaruhnya yang luas," dakwa beliau. Jika tokoh-tokoh Umno dan MCA yang disebutkan oleh Tee itu tidak menjadi kakitangan mana-mana syarikat Tiong, tidak diketahui mengapa mereka berada di dalam senarai pembayaran Ahli Parlimen Bintulu itu. Tidak juga diketahui apakah khidmat yang mereka berikan kepada Tiong sehingga melayakkan mereka berada dalam senarai payroll jutawan itu. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: Isu RM10 juta: Ong hanya mampu garang kosong
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan