"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Gobind Mahu Mahkamah Teruskan Siasatan Surat Misteri

Peguam keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo hari ini mendesak supaya surat misteri berhubung kematian Teoh, disiasat sepenuhnya oleh pihak Mahkamah.

Menurutnya, walaupun peguam Negara memberitahu mahkamah, terdapat dua atau tiga perkara yang dinyatakan dalam surat itu tidak mempunyai bukti, tetapi kandungannya didapati konsisten dengan keterangan saksi sehingga hari ini.

“Tuan Koroner telah membuat satu keputusan jelas, surat telah disiasat, walaupun peguam Negara ada memberitahu sisatan menunjukkan tidak tunjukkan sebarang bukti, namun ada dua atau tiga kenyataan yang konsisten dengan keterangan saksi sehingga hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Gobind yang ditemui media di lobi Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini, memberitahu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kematian Teoh boleh mengemukakannya kepada beliau selaku wakil peguam keluarga Teoh dan juga kepada ahli keluarga Teoh sendiri.

“Rayuan kepada masyarakat sape ada pengetahuan tentang surat, kematian, siasatan dan boleh menghantar maklumat kepada saya selaku wakil peguam, atau keluarga Teoh,” katanya.

Turut hadir, anggota keluarga Teoh iaitu ayahnya Teoh Leong Hwee, ibunya Teng Shuw Hor ,abangnya Meng Kee, dan adik perempuannya, Lee Lan.

Dalam pada itu, prosiding inkues Teoh Beng Hock hari ini dimaklumkan oleh saksi ke-16, bahawa Teoh bukan suspek dalam kes yang disiasat, tetapi sebagai saksi utama.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Anuar Ismail menambah, tiada sebarang kekerasan dan ugutan digunakan dalam siasatan itu.

Beliau juga memberitahu Koroner, Azmil Muntapha Abas bahawa tiada sebarang masalah ketika merakamkan percakapan itu. Bagaimanapun, Teoh gagal menjawab beberapa soalan yang diajukan.

Menurut kenyataannya, seorang pegawai SPRM masih melihat Teoh tidur di sofa pejabat itu pada jam 6 pagi sebelum menemui mayatnya di tingkat 5 bangunan Plaza Masalam pada jam 1.45 petang, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 bangunan SPRM, 16 Julai lalu.

Mohamad Anuar memberitahu demikian dalam inkues kematian Setiausaha Politik Setiausaha Exco Selangor, Teoh Beng Hock ketika ditanya oleh peguam Negara, Tan Hock Chuan.

-tvantara.com-

Tiada ulasan: