Hazayani Zakaria | |
BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos: Tindakan Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, melepaskan lima hingga enam orang Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri itu tanpa menyiasat berhubung penglibatan mereka dalam kempen BN di Permatang Pasir membuktikan SPRM tidak serius memastikan pilihanraya ini bersih dan adil. Demikian kata Pengarah Pilihanraya PAS Permatang Pasir, Dato' Mahfuz Omar. Kira-kira jam lima petang semalam, SPRM bertindak menyerbu bilik gerakan BN Samagagah, dekat sini selepas menerima aduan program kendalian BN yang turut melibatkan kakitangan dan jentera kerajaan. Menurut Ketua Angktan Muda (AMK) Pulau Pinang, Sim Tze Tzin, laporan itu dibuat selepas pihaknya mendapati beberapa pegawai Jabatan Kebajikan menugunjungi bilik gerakan yang terletak bersebelahan dengan bilik gerakan PAS dan juga pejabat KeADILan Samagagah itu bagi menjayakan program bantuan kepada golongan warga emas. Lima hingga enam orang pegawai agensi berkenaan didapati sedang mendaftarkan warga emas yang memerlukan bantuan. Mahfuz mempersoal tindakan pegawai SPRM berkenaan, Sulaiman Abdullah yang hanya meminta mereka meninggalkan program tersebut tanpa sebarang siasatan dan meminta SPRM menyatakan pendirian serius berhubung insiden tersebut. Ujar Mahfuz, setiap kali berlangsungnya pilihanraya, jabatan kerajaan yang menjadi kuda tunggangan Umno akan digunakan. Bukan sahaja Jabatan Kebajikan Masyarakat malah katanya Angkatan Tentera Malaysia(ATM), KEMAS, RISDA, PERDA, KADA dan sebagainya turut digunakan. Dalam pada itu, PAS katanya masih menunggu persetujuan calon BN, Rohaizat Othman untuk menghadiri Debat Perdana berhubung penjelasan isu Pecah Amanah yang dirancang diadakan pada jam 10 malam ini di UPU Kubang Semang. Menurut Mahfuz, bekas rakan kongsi Rohaizat, Yusri Ishak telah bersedia bersemuka dengan Rohaizat di khalayak umum demi membersihkan nama beliau dan keluarganya yang tercemar. Tegas Mahfuz, tiada sebarang alasan untuk Rohaizat menolak jemputan itu jika beliau bercakap benar dan bersih dari tuduhan pecah amanah itu. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: SPRM bebas kakitangan kerajaan libat kempen dikesali
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan