Nazri Abdullah | |
KUANTAN, 26 Ogos: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengesahkan tangkapan terhadap Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli bersama dua lagi ahli PAS sewaktu berceramah di premis persendirian pada tahun 2000 adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan. Pesuruhjaya kehakiman Datuk Mariana Haji Yahya dalam keputusannya pagi tadi meminta gantirugi ditaksirkan kepada ketiga tiga mereka dihadapan pendaftar mahkamah dalam masa terdekat. Hakim pada penghakimannya juga memberitahu, perhimpunan pada ceramah terbabit adalah aman dan tindakan polis menyerbu dan membuat tangkapan adalah satu pencerobohan dan telah mengakibatkan kekecohan. Pada sidang media siang tadi, Hatta memberitahu keputusan mahkamah dalam kesnya itu memberikan implikasi besar kepada semua pertubuhan khasnya parti politik bahawa sebarang bentuk himpunan di premis persendirian adalah dibolehkan dan tidak memerlukan permit. Ianya juga memberi peringatan kepada pihak polis supaya tidak lagi bertindak sesuka hati menangkap mereka yang berhimpun dalam kawasan premis persendirian. "Kes ini menjadi land mark (mercu tanda) dalam kes sivil dan memberi dorongan kepada petugas petugas PAS dan parti bahawa di mana mana premis kita, kita boleh buat ceramah dan tidak perlu sebarang permit dengan syarat ianya tidak mengancam keselamatan Negara," ujarnya pada sidang media di pejabat agung PAS siang tadi. Pada 10 Jun 2004, Sepasukan anggota polis diketuai Ketua Polis Daerah Rompin, Hanafi B. Haji Daud telah bertindak menangakap Hatta dan dua lagi rakannya semasa mengadakan ceramah di Markas Pas Bandar Muadzam Shah kerana mendakwa ceramah berkenaan tiada permit. Ekoran penangkapan itu, ketiga tiga mereka telah dibawa ke lokap Bandar Muadzam Shah sebelum dipindahkan ke lokap Rompin dan ditahan selama 12 jam. Biarpun ditahan namun tiada sebarang pendakwaan dikenakan terhadap mereka. Mereka yang diwakili peguam Hanipa Maidin dan peguam Fadhli Ramli kemudiannya telah mengemukakan saman terhadap Ketua Polis Daerah Rompin berkenaan. Jumlah gantirugi bagaimanapun belum dipastikan, Namun ianya akan dibuat dengan mengambil kira penahanan mereka selama 12 hari dan gantirugi- gantirugi lain. "Polis ni kadang kadang kita bagi penjelasan pun dia tak mahu dengar. Heret kasar, tarik tanpa kasut, gari tak benar pakai baju dalam lokap aibkan orang. Kita tak boleh biarkan semua ni berlaku atas benda yang belum tentu melanggar undang undang. Jadi polis perlu ambil pengajaran," ujar Hatta lagi. Hanipa yang hadir sama pada sidang media tersebut memberitahu, beberapa kes pendakwaan seumpanya yang melibatkan petugas dan pemimpin PAS tidak pernah kalah. Antaranya kes Pendakwaraya melawan Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dr. Dzulkifli Ahmad dan kes membabitkan ajk PAS, Mohamad Sabu pada ceramahnya di Kuala Kelawang beberpa tahun lalu.. Hakim bagi kedua dua kes tersebut juga memutuskan perkara sama iaitu tidak salah mengadakan himpunan atau ceramah di premis persendirian. "Setakat ni kes melibatkan petugas dan pemimpin PAS yang didakwa melanggar perkara 27 akta polis semua kita menang. Saya harap polis tak kacau lagi lepas ni, tapi kalu dia kacau lagi pun bagusla, kita boleh kaya sikit," ujar Hanipa berseloroh. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
UBN Najib Altantuya: Mahkamah putus Dr Hatta tidak bersalah, polis diarah bayar gantirugi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan