"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: YB Zul yang tersilap

notan
Assalamualaikum. Selawat dan Salam ke atas Junjungan.

Sejurus selepas ADUN Lunas membuat pengumuman keluar PKR, Yb Zul menulis di blognya bagi mempertahankan keputusan ADUN Lunas itu dan menghentam pihak pihak yang menuntut ADUN Lunas meletakkan jawatan

Tetapi kemudiannya, sesudah diteliti dan didedahkan urutan peristiwa sebenar yang membawa keluarnya ADUN Lunas dari PKR, ternyata pula Yb Zul telah membuat kesilapan yang jelas dalam pembelaannya terhadap ADUN Lunas.Di samping itu pujian Yb Zul terhadap komitmen ADUN Lunas terhadap tugas exconya pula didapati bercanggah dengan apa yang didedahkan oleh Ketua Umumnya DSAI. Yb Zul juga dalam kupasannya menyebut beberapa perkara yang boleh dipersoalkan.Ulasan Yb Zul ada menyebut istilah "melayu Islam" di mana dikatakan ADUN Lunas merupakan seorang yng cukup istiqamah dalam perjuangan untuk melayu Islam.Mungkin Yb Zul lupa bahawa istilah melayu Islam ini ialah istilah yang dipopularkan oleh UMNO dan ianya berbaur perkauman atau assobiyah.Islam adalah agama untuk semua jadi kenapa difokuskan Islam kepada melayu sahaja?Apakah Yb Zul sudah lupa?atau Yb Zul bersama ADUN Lunas ialah antara pejuang untuk melayu Islam sama seperti UMNO?

Yb Zul juga mengabaikan fakta bahawa ADUN Lunas menyatakan sokongannya kepada Najib dan UMNO sama seperti 2 ADUN PKR di Perak.Kenapa YB Zul tidak menyentuh tentang fakta ini dalam kupasan panjang lebar Yb Zul?Sebaliknya Yb Zul menyatakan bantahan Yb terhadap saranan agar ADUN Lunas meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.Di sini, Yb Zul membuat dua kesilapan yang paling jelas, pertama apabila Yb Zul menggunakan kalimah "mempertuhankan" bagi merujuk kepada ketegasan ahli PKR terhadap hak asasi manusia tetapi Yb Zul memejamkan mata mengenai hakikat bahawa ADUN Lunas menang kerana rakyat memberi undi kepada PKR/PR dan rakyat di Lunas masih dipercayai memberi undi mereka kepada PKR/PR.Inilah hujah yang digunakan untuk mendesak ADUN Lunas meletakakan jawatan tetapi Yb Zul mempertahankan hak ADUN Lunas atas hujah hak asasi manusia.hak asasi apa yang ada pada ADUN Lunas sedangkan gelaran Yb yang masih dibawanya adalah dipinjamkan rakyat?

Yb Zul membandingkan peristiwa kemasukan Yb Nasarudin di Perak dengan kes ADUN Lunas.Di sini Yb Zul membuat kesilapan kedua apabila menyatakan Yb Nasarudin sebagai Wakil BN untuk Parit kerana sebenarnya beliau mewakili Bota.Sebenarnya Yb Zul kemasukan Yb Nasarudin yang hanya sebentar ini tidak boleh dibandingkan dengan Kes ADUN Lunas.Pertamanya kerana Yb Bota ini datang kepada PKR dengan kerelaannya dan dilakukan secara spotan tanpa adanya apa apa rundingan kearah itu sedangkan ADUN Lunas sudah lama berbincang dengan MK bekas MB Kedah dan menjadi agen yang aktif bagi MK untuk mengajak ADUN ADUN PKR lain untuk melompat.Yb Zul mengabaikan fakta ini sedangkan ianya benar benar terjadi dan seharusnya diketahui oleh Yb Zul.

Seperkara lagi mengenai tuntutan PKR agak ADUN Lunas melepaskan jawatan, ianya adalah hak mutlak PKR sebagai parti yang memberi laluan kepada beliau untuk menang PRU dan menjadi wakil rakyat.Lantaran tidak menjadi kesalahan bagi PKR menuntut kembali haknya.Begitu juga kes ADUN Bota yang melpmpat di Perak,Yb Zul harus sedar bahawa UMNO sebagai wadah yang menyediakan laluan kepadanya juga boleh berbuat demikian tetapi seperti sudah diketahui UMNO tidak berbuat demikian.UMNO tidak menuntut ADUN Bota meletakkan jawatan tetapi menarik semula beliau dari PKR.Itu beza yang jelas yang sepatutnya diketahui oleh Yb Zul ketika mengupas isu ADUN Lunas ini.

Seterusnya , Yb Zul mengeluh kerana masalah kewangan.Kata Yb Zul untuk menyelia kawasan perlukan peruntukan kewangan.Benar tulisan Yb Zul itu tetapi ianya bukan perkara baru malah sebelum bertanding lagi Yb Zul sudah menyedarinya.Jadi kenapa diungkitkan sekarang?Tidakkah Yb Zul dikenali sebagai the riding MP?Sebenarnya tak perlu Yb Zul mengunkitkan pasal kewangan untuk membela tindakan ADUN Lunas kerana masalah kewangan dihadapi oleh semua ADUN dan MP dari PR.

Akhirnya saranan Yb Zul agar ADUN Lunas mempertimbangkan untuk menyertai PAS juga satu saranan yang agak ganjil kerana Yb Mahfuz dalam kenyataannya menyebut ADUN Lunas ialah beban kepada PAS dan kepada Kerajaan Kedah jadi kenapa Yb Zul menyarankan demikian sedangkan ADUN Lunas ini mempunyai masalah yang hanya akan menjadi biawak hidup kepada PAS?

kepada Yb Zul, suka aku bertanya "apa sudah jadi"?

-tranungkite.net-

1 ulasan:

org memali berkata...

Apakah org islam tidak bolih mengenangkan bangsa dan keturunan .Apakah tidak bolih berbangga dgn bangsa tanpa menggugat prinsip ketuhanan .Begitu sempit pemahaman sdr tentang islam .Apakah bangsa sdr .Ada yg Cina Islam , India Islam dll sdr apa . Adakah sdr berbangsa Jin .Bangsa adajuga dijelaskan dlm Alquran .Cuma larangan yg jelas 'jgnlah kamu berpuak2 'dll .Bangsa menentukan ketamadunan dan Islam itu adalah agama yg menjadi ikutan Kedua2nya bersendikan antara satu dgn lain .Maka hadirlah Hukum Adat dan Hukum Syariat .Hukum adat diiktiraf olih Islam kerana Islam itu paling indah tapi ia dicemarkan olih org2 spt sdr .