"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: GAMBAR2 khariul azam buat hal di ibu pejabat PAS!


dipetik dari fotopages si jinggo

Venue : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Penasihat Undang2 MAGARAN, Sdr Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz telah berkunjung ke Ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut dengan tujuan untuk menyerahkan borang keahlian PAS.

Malang nya penyerahan borang tersebut tidak diterima pegawai yang bertugas di kaunter pertanyaan setelah mendapat arahan dari Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustapa Ali. Tiada sebab diberikan.

Tindakan Sdr Azam memohon menjadi ahli PAS ialah kerana beliau yakin dengan apa yang telah dikatakan oleh Mursyidul Am PAS bahawa hanya PAS membawa ajaran Islam yang betul bukan seperti Islam plastik, Islam palsu yang dibawa UMNO.

Oleh kerana kecewa dihina dengan penolakan mentah2 permohonan beliau, Sdr Azam telah membuat aduan di pejabat SUHAKAM pada jam 3 ptg. Dalam aduan tersebut beliau meminta SUHAKAM menyiasat pelanggaran hak asasi beliau untuk berpersatuan (memilih parti PAS) oleh Setiausaha Agung PAS.
-sumber:tranungkite.net/forum-

[Awas dengan pencacai umno ini dulu mengaku ahli PAS Sungai Ramal rupanya sekarang baru nak hantar borang mohon jadi ahli]

5 ulasan:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

Perbuatan Penasihat MAGARAN ini sudah melampau. Beliau sudah MENCEROBOH. Laporan polis mesti dibuat.

Dulu, 1 Ogos dia telah memfitnah PAS dengan mendakwa bahwa beliau adalah AHLI PAS, tetapi selepas semakan dibuat, ternyata dakwaan itu tidak benar.

Sekarang ini beliau sudah berani untuk menceroboh kawasan kita. Kita tahu niat beliau untuk mengisi borang PAS dan seterusnya menyertai PAS bukanlah ikhlas, sekadar ingin melakukan provokasi sahaja.

Pimpinan PAS tidak boleh berdiam diri, jangan biarkan manusia seperti ini terus menerus merendahkan PAS, dan mencabar kesabaran PAS. Ambil tindakan segera.

halim berkata...

jenis loyar buruk..

yes berkata...

Tolong tulis lagi tentang Khairul ni, ramai yang tak kenal.

Kenapa Pas pendek akal sangat, terima saja borang, kemudian beri sebab yang nyata kenapa beliau tidak di terima. Atau terima dengan syarat beliau mengaku tentang tuduhan beliau pada Pas dahulu adalah fitnah.

Saya hairan dan jemu melihat kelakuan setengah pemimpin Pas yang pendek akal dan kurang bijaksana pada hal berkelulusan tinggi tapi tak ada common sense.

Anak Perelih berkata...

memang jadi hak dia untuk memohon menyertai mana mana parti... tapi menjadi hak PAS atau mana mana parti untuk menolak permohonan dia.... punya la bongok dia ni... buat suhakam gelak saja...

Gedung Akal berkata...

Tuan,
Apa masalahnya kalau mangkok ini jadi ahli PAS? Mahu merosakkan PAS dari dalam? Patutnya terima sahaja mangkok ini dan ajar dia mengucap dua kalimah syahadah dan terangkan Islam yang sebenar, mudah-mudahan mangkok ini akan beroleh hidayat. SU PAS Terimalah mangkok ini untuk sertai PAS.