Tak sabar rasanya menunggu mesyuarat Majlis Syura ( MS ) PAS untuk lantik Mursyidul Am. Mungkin ada kejutan yg diduga @ kekal Bos sebelumnya. Apa jua keputusan mesti bijaksana, ambilkira pandangan segenap lapisan masyarakat. Luarbiasa sekali bila Ust Ahmad Awang, bekas Bos PUM dilihat ulama yg vokal menentang UG tidak dilantik semula. Apakah Ust Ahmad Awang sudah menjadi ulama 2nd class dan tidak layak menjadi keluarga ( MS )?
DAN JANGANLAH KAMU BERDUSTA DENGAN SEBAB APA YG DISIFATKAN OLEH LIDAH KAMU : INI HALAL DAN INI HARAM, UNTUK MENGADA2KAN SESUATU DUSTA TERHADAP ALLAH, SESUNGGUHNYA ORANG2 YG BERDUSTA TERHADAP ALLAH TIDAK AKAN BERJAYA ( Surah An Nahl ayat 116 )
Cerita lanjut baca di sini
Bukan mustahil jika takhta Mursyidul Am dirampas dari TGNA dan ditabal Ulama lain yg sehaluan untuk agenda tertentu. Selama ini TGNA dilihat perisai menahan serangan UG berlesenkan Mursyidul Am... baca di sini
Cilipadi007 membantah sekeras2nya jika title Mursyidul Am PAS diberikan kepada Ulama lain yg menjadi ahli ( MS ). Tanpa kompromi dan sebarang alasan hanya TGNA layak bergelar Mursyidul Am PAS untuk PAS FOR ALL.
Cilipadi selama ini menulis mendesak TGNA lepaskan jawatan MB dan hanya menjadi Mursyidul Am. Desakan itu kerana dakwah, TGNA adalah Ulama & Umarak yg memikul beban tugas yg banyak pada umur 79 tahun.
TGNA sebagai MB, Pengerusi GLC, Pengerusi J/Kuasa Itu dan Ini, Pesuruhjaya PAS Negeri, Mursyidul Am. Terlalu banyak tugas yg perlukan komitmen yg jitu. Isunya kini TGNA sudah uzur dan sentiasa mewakil tugas2 resmi kepada TMB dan Exco.
Tiba masanya TGNA lepaskan jawatan dalam kerajaan, hanya beri tumpuan untuk Parti sebagai Platform Dakwah. TGNA boleh teruskan kerja2 dakwah dan biarkan barisan pelapis bangunkan Negeri Kelantan.
Masalah kesihatan bukan alasan bila memegang Mursyidul Am yg menjadi "penasihat" parti. Lagipun ( MS ) bukannya bermesyuarat mingguan. Sekadar membuat pemantauan dan menegur jika parti "lebih lajak dari laju".
Ayatollah Khomeini contoh pemimpin yg lepaskan jawatan Presiden tetapi kekal sebagai "penasihat" berjawatan Ketua Pengawal Revolusi hingga ke akhir hayat. Syeikh Ahmad Yassin menjadi "penasihat" Hamas walaupun buta penglihatan sehingga "syahid" dibom.
Mursyidul Am PAS perlu dilihat sebagai "penasihat" yg neutral, baligh dalam politik multi racial, reputasi yg baik, bertolak ansur & tegas dalam membuat keputusan. Semua kriteria itu hanya ada pada TGNA, tiada pemimpin PAS lain memilikkinya.
Semoga ( MS ) PAS berijtihad dengan prinsip ilmu untuk melantik semula TGNA sebagai Mursyidul Am, bukannya individu memihak kepada sesuatu puak. Perjuangan Islam tidak berpihak kepada mana2 puak tetapi milik kita semua.
Mursyidul Am PAS, tinggi kuasanya dalam hiraki PAS... boleh menghitamkan yg putih dan memputihkan yg hitam... jurupandu yg baik mengelak kapalnya dari melanggar bongkah ais di tengah lautan...
Jangan perjudikan kesucian jawatan Mursyidul Am... Ini bukannya masa untuk mencuba kepimpinan baru kerana gendang PRU13 sudah dipalu.
wallahua'lam dari cilipadi007
Tiada ulasan:
Catat Ulasan