"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Solat Hajat Untuk Misi Keamanan Gaza Diadakan 3 Jun

Solat hajat dan munajat khas dirancang di Stadium Melawati,Shah Alam pada 3 Jun ini untuk memohon misi kemanusian Gaza agar selamat dan berjaya.

Kapal MV Rachel Corrie kini menuju ke Gaza mendapat sokongan padu daripada kerajaan Irish dan memberi amaran kepada Israel bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika bertindak mengganggu misi bantuan kemanusiaan ini.

Kerajaan Mesir telah membuka kembali pintu sempadan di Rafah yang ditutup semenjak tahun 2007. Menurut Agensi Berita Mesir pembukaan pintu pagar Rafah adalah untuk membenarkan bantuan masuk ke Gaza.

Exco Kerajaan Selangor,Dr Hassan Ali dalam sidang media menyatakan program ini akan diisi dengan pelbagai pengisian menarik. Beberapa pemidato khas didatangkan untuk menyampaikan ucapan menyentuh kezaliman Israel serta kejadian terbaru serangan ganas Israel terhadap konvoi misi bantuan kemanusiaan Gaza.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menjayakan program ini sebagai keprihatinan terhadap nasib peserta misi dan rakyat Palestin.

“Pada hari Khamis malam Jumaat yang akan datang ini iaitu pada 3 Jun 2010 mulai jam 6.30 petang hinggalah 11.30 malam kita akan mengadakan program solat hajat perdana menyokong misi kemanusiaan konvoi Gaza” ujarnya kepada pemberita.

“Pada masa yang sama kita akan melibatkan seluruh rakyat negeri Selangor ini daripada JKKK di kampung-kampung,daripada pegawai masjid dan jawatankuasa masjid , surau dan sebagainya , jawatangkuasa penduduk hinggalah kepada jemputan-jemputan kita, kepada kilang-kilang,pengusaha-pengusaha".

Kepada ahli-ahli perniagaan, kepada seluruh rakyat, petani nelayan dan sebagainya semua dijemput termasuk pegawai-pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan dan juga tetamu-tetamu khas yang dijemput pada malam itu” tambah beliau lagi.
-tvselangor-

Tiada ulasan: