"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Percanggahan Fakta Kelirukan Parlimen, Najib Wajar Ke Jawatankuasa Hak

DAP menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berikutan didakwa mengelirukan Parlimen mengenai kelulusan lesen pertaruhan judi sukan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua mendakwa Kementerian Kewangan berbuat denujuan apabila menafikan melulus lesen judi terhadap Tan Ascot Sports Sdn Bhd, pada satu jawapan bertulis.

“Menteri Kewangan telah memberi kelulusannya untuk kembali memberi pengeluaran lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan atas terma dan syarat tertentu,” katanya.

Tony Pua berkata jawapan Kementerian Kewangan itu jelas bercanggah dengan rekod dalam Kumpulan Berjaya, sebuah syarikat dikawal oleh hartawan Tan Sri Vincent Tan.

"Ia satu percanggahan secara langsung dan jelas. Salah satu syarat-syarat diumumkan oleh Menteri Kewangan semalam ialah maklum balas awam itu adalah dikehendaki.

“Jika maklum balas awam adalah dikehendaki ,saya rasa Berjaya Group akan membuat pengumuman itu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Najib untuk menjelaskan status lesen judi sukan.

“Kami mahu Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan dan menyatakan dengan jelas jika mereka telah sebenarnya mengeluarkan satu kelulusan dan apa syarat-syarat.

“Jika Najib berbuat demikian, ia merupakan satu perkara serius keistimewaan berparlimen dan saya rasa tidak ada sebab mengapa dia Najib tidak patut dirujuk untuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen,” katanya.

Tony Pua berkata kekeliruan mengenai lesen judi menjejaskan keyakinan pelabur.
Pada 12 Mei lalu, apabila pengumuman kelulusan judi dibuat, saham Kumpulan Berjaya didagang pada jumlah tertingginya untuk tahun ini.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke turut mempersoal tindakan kerajaan yang berdiam diri dalam hal ini.

“Adakah mereka takut, mengapa ada bukan seorang pegawai tunggal dari Kementerian Kewangan untuk muncul dan menafikan yang lesen belum diberi.

“Kesan diberikan kepada seluruh dunia ialah lesen telah diberikan dan ini telah mengaburi orang awam terutamanya pelabur,” katanya.

Tiada ulasan: