"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dasar Pakatan, Tanah Hijau Tidak Boleh Dibangunkan Untuk Tujuan Komersial - Ronnei

EXCO Selangor, Ronnie Liu membidas tindakan sekumpulan lelaki dipercayai terdiri daripada ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang bertindak memukul ahli majlis perbandaran selayang berikutan rasa tidak puas hati dengan kelulusan permit tanah kepada Persatuan Yee Lan Sheng Hui Gombak.

Ronnie berkata tanah hijau awam seluas 2400 kaki persegi itu sebelum ini dituntut oleh sebuah syarikat untuk menjalankan perniagaan cuci kereta.

Namun, dasar kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat menggariskan tanah hijau awam seperti itu tidak boleh dibangunkan bagi tujuan komersial.

Ronnie Liu menjelaskan, permit tahunan yang diberikan kepada persatuan Yee Lan dibuat secara kolektif oleh MPS sejak Disember tahun lalu.

"Kawasan itu tanah lapang. Memang tidak boleh dibangunkan untuk tujuan komersial. Itu dasar Barisan Nasional. Dasar Pakatan Rakyat, tanah hijau tidak boleh digunakan untuk perniagaan. Untuk sosial pun kita sangat berhati- hati," kata Ronnie.

Dalam kejadian semalam, seorang ahli majlis Lim Ching How, 47, dan setiausaha ADUN Batu Caves, Mohd Zuhudi Ahmad, 57, cedera dipukul kumpulan lelaki berkenaan.

"Mana- mana pihak yang tidak berpuas hati dengan MPS, anda tidak boleh gunakan tangan. Anda gunakan mulut. Gunakan surat. Anda pergi buat aduan dekat MPS. Anda tidak boleh pukul ahli majlis. Bukan ahli majlis yang buat keputusan. Ini adalah keputusan secara kolektif," jelasnya lagi.

Beliau berkata pihaknya akan menyediakan laporan berbentuk kronologi yang akan menceritakan permulaan tuntutan tersebut sehingga berlakunya insiden yang tidak bertanggungjawab itu.

"Yang penting polis tidak boleh lengah- lengah siasatan kes ini, sebab takut ahli majlis rasa tidak selamat," tambahnya lagi.

Tiada ulasan: