"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tahanan ISA dapat gantirugi RM3.3 juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintah gantirugi sebanyak RM3.3 juta dibayar kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Badrul Zaman Zakariah kerana ditahan secara tidak sah.

Badrul Zaman, bekas pengarah di sebuah agensi pekerjaan, telah ditahan pada 12 September 1991 dan perintah tahanan ke atasnya dilanjutkan dua tahun lagi pada 14 September 1993.

Beliau menyaman kerajaan pusat berhubung perintah tahanan lanjutan dua tahun ke atasnya di bawah ISA.

Badrul Zaman diwakili oleh peguam M Manoharan yang juga pernah ditahan di bawah ISA.

Tiada ulasan: