"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Usah Tunduk Pada Telunjuk AS, Bantah Atas Dasar Kezaliman

Malaysia tidak perlu tunduk kepada setiap arahan dan polisi Amerika Syarikat walaupun mempunyai hubungan baik dengan mereka.

Sebaliknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pimpinan kerajaan bahawa sesebuah negara harus memiliki prinsip dan pendirian bebas bukannya menjadi pak angguk kepada kuasa besar itu.

Anwar berkata demikian ketika menyentuh isu kelewatan dan kenyataan ringan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mengutuk serangan ganas Komando Israel terhadap 'Flotila Kebebasan' yang menghantar bantuan ke Gaza.

Seluruh dunia mengutuk keras tindakan Israel dengan pemimpin negara seperti Recep Toyyib Endorgan dari Turki dan Nicolas Sarkozy dari Perancis memberi amaran mendesak Israel melepaskan kapal dan tawanan mereka.

Najib sebaliknya lebih teruja membuat sambutan kepulangan misi kemanusiaan dari Malaysia dan hanya membuat kenyataan ringan terhadap regim zionis, itupun selepas Amerika Syarikat membuat kenyataan media.

"Apakah kita tak setuju baik dengan Amerika? Kita setuju, kita tiada masalah. Baik dengan Amerika bukan bermakna kita kena tunduk dengan amerika Syarikat.

"Kita iktiraf Umno, BN sebagai kerajaan. Kita setuju semuakah? Dia lulus judi kita setuju. Tapi mereka adalah kerajaan. Sebab apa bila Hamas datang, kerajaan tak iktiraf?

"Itu ditekankan di Parlimen oleh ahli Parlimen termasuk Hadi Awang semalam. Kalau kita betul-betul konsisten, kita ambil keputusan cara bebas, buat pendirian," katanya pada ceramah di Stadium Selayang, semalam.

Rejim Israel sebelum ini menyerang dan merampas kapal Mavi Marmara di Perairan Antarabangsa tatkala kapal itu dalam perjalanan ke Gaza untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk yang disekat oleh rejim itu.

Tegas Anwar, regim Israel Zionis patut ditentang lantaran perbuatan zalim mereka terhadap penduduk Palestin.

"Kutuk sebab apa? Dia zalim. Bukan kutuk sebab kulit lain, agama lain. Kutuk sebab dia tindas orang, rampas hak orang. Ini prinsip yang kita kena faham. Kutuk sebab Israel tak iktiraf pilihan orang.

"Rakyat Palestin pilih parti Islam Gaza. Israel tak mau iktiraf, bila tak mau iktiraf, Amerika pun ikut tak mau iktiraf. Bila tak iktiraf, Umno pun tak iktiraf," katanya.

Tiada ulasan: