"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Persatuan: Tiada rancangan bina kuil

Naib presiden Persatuan Yee Lan Sheng Hui (YLSH), Veh Chai Hong menafikan dakwaan bahawa persatuan itu merancang untuk membina sebuah kuil di tapak yang kini menjadi rebutan dan mencetuskan protes oleh kira-kira 300 penduduk di kawasan majoriti Melayu itu.

"Tidak. Kami akan hanya ada sebuah dewan dan pejabat di sana," katanya merujuk kepada kenyataan penduduk terbabit bahawa bangunan berasaskan agama tidak sesuai dibina di situ.

Veh berkata permohonan untuk membina sebuah dewan di tapak tersebut telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 11 Mei.

"Jadi kami mula memasang papan tanda dua minggu lalu."

Hanya selepas itu, baru persatuan tersebut menyedari bahawa syarikat Wangsa Sdn Bhd Symphony juga memohon tapak yang sama.

Kumpulan kira-kira 20 orang, sesetengahnya memakai baju-T PERKASA, merobohkan papan tanda yang dipasang oleh pemaju, dan menyerang ahli MPS Allan Lim Ching How ketika dia cuba untuk campurtangan.

Tiada ulasan: