"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

5 Kaitan Najib, Zionisma dan Siri-siri Pembunuhan Terkini!

dewa
PEMBUNUHAN beramai-ramai umat Islam berlaku di selatan Thailand sikit hari dahulu sebaik saja Najib membuat kenyataan media bahawa Malaysia takkan campur dengan urusan selatan Thai. Pembunuhan serupa berlaku di Filipina sebaik saja Najib menegaskan Malaysia takkan campur. Terkini, pembunuhan kejam rejim Zionis berlaku selepas pembongkaran penglibatan APCO. Mari lihat 5 misteri insan bernama Najib ini dari isu Altantuya kepada Saiful:

1. PEMBUNUHAN selepas kenyataan 'takkan campur tangan'.

Malaysia merupakan antara negara tonggak OIC dan suara dunia Islam. Bila Malaysia memberi jaminan takkan campur tangan, ini bagaikan suatu greenlight kepada negara jiran untuk bertindak sesuka hati kepada umat Islam di situ. Sepatutnya, UMNO dan Najib memberi amaran bahawa Malaysia menghormati hak jiran tapi takkan berdiam diri jika terbukti umat Islam di sana disembelih atau dibunuh. Apa la budus sunnguh UMNO nih.

2. Penglibatan APCO

Pendedahan penglibatan syarikat Zionis dalam 1Malaysia membuktikan bahawa UMNO bersorak menentang Israel tetapi pada masa sama memberi dana kepada Israel secara langsung atau tidak langsung.

3. Isu Altantuya

Isu pembunuhan kejam model lawa dari Monggolia oleh bodyguard Najib yang tiada motif cukup misteri.

4. Kaitan dengan Saiful

Saiful Bukhari secara jelas menerangkan di mahkamah bahawa kenyataan Najib berjumpa dengannya selepas diliwat adalah TIDAK BENAR kerana Saiful mendakwa berjumpa Najib SEBELUM diliwat.

5. NAJIB SEPI lama

Najib menyepi agak lama dalam isu pembunuhan kejam Zionis baru-baru ini. Hanya selepas PAS, Pakatan, Menteri luar dan beberapa menteri lain bersuara, barulah Najib sedikit berani hendak menegur Zionis. Itupun UMNO dan Najib masih takut-takut dengan HAMAS yang diundi oleh Palestin sedangkan 4 wakil Hamas akan hadir dalam muktamar PAS terkini.

Saya sarankan semua bertaubat kerana pintu taubat masih terbuka.

1 ulasan:

blogenstarz berkata...

5 sebab mengapa TGNA patut berundur sebelum PAS berkubur !
1. Hampir menghidapi PARKINSON.
2. Kenyataan berbelit2.
3. Menghalalkan jika ada untung.
4. Berkawan dengan anak ISRAEL.
5. Ada sifat ego