"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wakil rakyat BN dakwa dikasari di Parlimen

Asrul Hadi Abdullah Sani
KUALA LUMPUR, 9 Jun:
Sekumpulan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendakwa mereka dikasari dan dipaksa keluar dari ruang tamu khas Dewan Negara hari ini.

Ketika itu, Pakatan Rakyat (PR) sedang mengadakan perbincangan meja bulat dengan masyarakat India berhubung isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mencetuskan rasa tidak puas hati baru-baru ini.

Bagaimanapun wakil-wakil rakyat BN mendakwa pemimpin-pemimpin PR mengutuk BN dan menyifatkan kerajaan pusat sebagai “celaka.”

Tiada ulasan: