"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Darjah Kebesaran Johor Jui Meng Ditarik Balik Tanpa Sebab

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Datuk Chua Jui Meng diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu.

Namun sehingga kini tiada alasan dan surat rasmi diberikan terhadap penarikan ini.

“Dua- dua telah ditarik balik, satu Dato’ Paduka Mahkota Johor dan satu lagi Dato’ Seri Mahkota Johor, dua- dua sudah ditarik balik tanpa alasan diberi,"

"Saya minta setiausaha Majlis Diraja Istana mejelaskan mengapa darjah kebesaran ini ditarikbalik, namun Datuk Rahim berkata tiada alasan,"

“Dua kali beliau menghubungi saya meminta saya mengembalikan pingat- pingat itu tetapi saya enggan, sebab saya belum terima surat rasmi," Jelas jui Meng.

Beliau yakin tindakan terdesak ini diambil UMNO Barisan Nasional Johor berikutan kemaraan Pakatan Rakyat yang semakin dirasai di Johor yang umum mengetahui adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional.

“Oleh kerana mereka rasa tertekan dengan Pakatan Rakyat di Johor , ini adalah 'fix deposit' UMNO dan Barisan Nasional termasuk MCA juga. 'fix deposid' MCA dan 'fix deposit' UMNO. Sekarang rakyat sudah ubah fikiran dan pendirian mereka,”

“Saya percaya dan saya akan mempertingkatkan lagi tekad supaya Johor boleh diubah, perubahan dibuat di Johor. Keadilan untuk rakyat Johor semua kaum, Melayu, Cina dan India,” katanya lagi.

1 ulasan:

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Jangan musuhi Parti Pembangkang, Jika Darjat dah diberi mengapa nak ditarik balik? Walau pun Raja dia tak berhak menarik balik Darjah Kebesaran jika tanpa alasan yang munasabah, Jangan kaitkan Darjah Kebesaran dengan Politik, ingat, Ingat Raja adil Raja disembah, Raja tak adil, Raja dicercah. Jalankanlah undang undang Negeri dengan adil, tanpa memilih kefahaman Politik?