"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Belanja pertahanan RM180b

LAPORAN KHAS
Sejak lebih 23 tahun yang lalu, perbelanjaan pertahanan negara membabitkan jumlah yang besar sebanyak RM180 bilion.

Purata perbelanjaan pertahanan setiap tahun hampir 2.5 peratus daripada KDNK negara antara 1987 hingga 2004, yang seharusnya menyediakan Malaysia dengan kemampuan pertahanan yang sewajarnya, kata seorang penganalisis pertahanan.

Namun, angkatan tentera Malaysia dalam keadaan menyedihkan yang hanya dapat menangani operasi tentera selain perang (OMSP).

Hal ini tidak menghairankan kerana tuduhan rasuah dan salah pengurusan yang berkaitan dengan perolehan pertahanan terus ditimbulkan.

Perbelanjaan pertahanan merupakan yang kedua terbesar dalam bajet negara sehinggalah krisis kewangan global melanda Malaysia pada 2008, menyebabkan ia diatasi oleh yang lain dalam bajet 2009.

Perbelanjaan Kementerian Pertahanan telah meningkat lebih daripada lima kali ganda - dari RM2.09 bilion pada 1987 kepada RM11.013 bilion pada 2010.

Jumlah perbelanjaan sepanjang tempoh tersebut ialah RM178.989 bilion - sama dengan kos membina enam Putrajaya atau 60,000 sekolah rendah.

Peruntukan untuk pertahanan berkisar dari 1.6-3.2 peratus daripada KDNK negara. Menurut Lam Choong Wah, editor portal pertahanan - KL Security Review - ini adalah sederhana dibandingkan dengan purata antarabangsa 2 peratus.

Menurutnya, tahap perbelanjaan seharusnya meletakkan Malaysia
di tahap kapasiti ketenteraan yang bersesuaian, tetapi realitinya adalah sebaliknya.

Tetapi dengan begitu banyak senjata dan peralatan yang usang, sistem pertahanan hanya mampu berdepan dengan tahap konflik ketenteraan yang rendah dan melaksanakan OMSP seperti untuk misi keamanan, katanya.

Usaha untuk menjelaskan fakta yang menggusarkan daripada perbelanjaan besar ketenteraan ini, mengundang persoalan.

Perbelanjaan untuk satu jumlah yang besar sepatutnya perlu disertai pemantauan yang ketat dan akauntabiliti tinggi. Malangnya, perolehan ketenteraan yang diragui, adakalanya mencecah ke peringkat skandal, dikatakan menjadi fenomena biasa dalam Kementerian Pertahanan.

Laporan khas sepanjang tiga bahagian ini merupakan usaha Malaysiakini mendedahkan sebab utama perolehan yang dicurigai ini dan kaedah untuk meningkatkan mekanisme semak dan imbang yang dijalankan kini.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: