"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Carrefour tutup operasi di Malaysia?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan belum menerima sebarang penjelasan dari pengurusan Carrefour berikutan laporan media mengenai rangkaian pasaraya Perancis itu akan menutup operasi di Malaysia, Thailand dan Singapura.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau menganggap perkara itu sebagai khabar angin selagi belum mendapat penjelasan Carrefour.

"Saya pun dengar khabar angin juga. Jadi, sebelum dapat perkembangan, saya anggap khabar angin. Tetapi, adalah tidak betul kalau kita kata pelaburan di Malaysia ini tidak tarik minat pengusaha antarabangsa," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas laporan agensi berita
Reuters semalam bahawa Carrefour telah memulakan penjualan unitnya di Malaysia, Thailand dan Singapura serta merancang untuk menghentikan operasinya di ketiga-tiga negara itu.

La
poran yang hanya memetik sumber itu memaklumkan penjualan itu dilakukan dengan bank pelaburan Goldman Sachs dan UBS.

Ismail Sabri berkata, sekiranya dakwaan itu benar, beliau tidak menganggap tindakan Carrefour itu mempunyai kaitan dengan keadaan pasaran di Malaysia.

"Ia tiada kena mengena dengan pasaran kita. Kalau kita lihat, permohonan syarikat pasaraya besar hendak buka cawangan di Malaysia kita terima setiap hari dan banyak yang kita tidak luluskan sebab berdasarkan prosedur yang kita tetapkan," katanya.

-Bernama-

Tiada ulasan: