"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gempar !!! Keselamatan Ibrahim Ali Perlu Dipertingkatkan 24 Jam Sehari - Bahaya

ulitmayang
Buat kerja tidak cermat. Lain kali mesti check betul2. Jangan main pakai hentam keromo saja. Tolong tengok kiri dan kanan , belakang dan depan serta atas dan bawah. Setiap yang beliau lakukan mesti harus berwaspada.

Pastikan apa yang dibuat tidak menyinggung orang lain. Nanti kelak kita dalam bahaya. Bukan setakat nama , maruah dan imej tercalar , tetapi khuatir kalau – kalau nyawa juga terancam.

Perkasa ‘rompak’ identiti kami – Orang Asli

Oleh Rahmah Ghazali dan Hisyam SallehOLAK LEMPIT (Selangor): Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menimbulkan kekecuhan di kalangan parti Umno, kini berdepan pula dengan satu lagi kumpulan yang tidak diduga, Orang Asli.Dewi Malam, wakil Tok Batin dari Kampung Orang Asli di Pulau Kempas berkata NGO Melayu itu telah "merompak" identiti mereka dengan menggunakan perkataan "pribumi" pada singkatan nama pertubuhan itu.

Perkasa, bermatlamat untuk mempertahankan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu telah ditubuhkan dan diterajui oleh pemimpin bersuara lantang, Ibrahim Ali, bagaimanapun mempertahankan penggunaan nama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.

"Tetapi pribumi bermakna orang asal, bermaksud merekalah yang pertama memiliki tanah di Semenanjung ini. Pribumi bermakna mereka tidak perlu membayar atas tanah mereka kerana mereka adalah pemilik tanah.

"Itulah apa yang dimaksudkan dengan pribumi, dia adalah tuan, dia adalah sultan dan dia adalah raja," kata Dewi.

Dan Perkasa tidak mempunyai hak eksklusif terhadap pribumi katanya, kerana ianya berbeza dengan perkataan "bumiputera", istilah yang dicipta oleh Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman untuk mengiktiraf kedudukan istimewa orang-orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

"Perkasa tidak boleh mendakwa mereka sendiri adalah pribumi. Ia sepatutnya digugurkan dari nama singkatan mereka. Mereka hanya boleh mendakwa mereka adalah bumiputera," katanya.

Kami telah hilang identiti ‘Melayu’ Menerangkan lebih lanjut, Dewi berkata, malahan orang-orang Melayu berasal dari enam jenis sub-etnik pribumi, termasuk, Jakun, Kuala, Kanap dan keturunannya, Temuan.

"Tetapi sub-etnik ini telah dipinggirkan dan tidak pernah diiktiraf tetapi mereka yang berasal dari Banjar atau Jawa diiktiraf sebagai Melayu. Apa yang tinggal kepada mereka tidak ada apa-apa lagi kecuali sejarah," kata Dewi.

"Sekarang ini Temuan terutamanya, dikategorikan sebagai Sakai, satu lagi puak pribumi yang kadangkala merupakan satu penghinaan apabila disebut perkataan itu.

"Jadi apabila identiti Melayu kami hilang dan malah disebut sebagai Orang Asli, kesemua hak kami telah diambil termasuk tanah nenek moyang kami.Malahan orang-orang Melayu, di mana identiti mereka boleh dipersoalkan, merompak hak kami.

Macam mana kami nak kata mereka adalah orang Melayu?" soal Dewi.Dan apa yang orang tidak sedar ialah perkataan "Melayu" itu berasal dari bahasa Temuan, yang bermaksud "orang-orang yang bekerja", katanya

Nota

Beliau perlu membetulkan kesilapan ini. Taraf dia sebagai rakyat tulen Kelantan tu sebagai Bumiputera , bukannya Pribumi. Jangan main – main dengan kaum Orang Asli. Hak – hak keistimewaannya dalam semua hal , samada nama , tanah adat dan juga jati diri mereka.

Ini ada dalam Perlembagaan negara.Kenapa Ibrahim Ali dengan mudah menceroboh hak orang lain. Kenapa beliau begitu bersungguh – sungguh memperjuangkan status Melayu nya , wal hal dalam masa yang sama beliau merampas hak Orang Asli , iaitu perkataan Pribumi , hak Orang Asli.

p/s

Kalau sesiapa yang ada akses langsung dengan Ibrahim Ali , tolong bagi tahu dia , nama PERKASA tu kena ubah. Khuatir nanti , takut2 beliau disumpit oleh Orang – orang Asli sudah lah. Jangan mati katak dah lah. Atau , ada kemungkinan beliau disihir dengan ilmu – ilmu Tok Batin yang terkenal hebat tu. Disihirnya jadi katak kan semua susah orang je. SILA KLIK DI SINI

Tiada ulasan: