"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pas Pecat Zul Automatik 2008 Selepas Sertai PKR

Zulkifli semalam mendakwa beliau masih kekal anggota PAS. — gambar fail
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bukan lagi seorang ahli PAS sejak beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua tahun yang lalu, kata Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Memetik laporan The Malaysian Insider, perlembagaan PAS memperuntukkan bahawa seseorang ahli akan hilang keahliannya secara automatik apabila mereka menyertai parti politik yang lain.

PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS.

“Menurut perlembagaan PAS, sebaik sahaja anda menyertai parti lain, anda hilang (taraf) keahlian,” katanya.

Semalam, Zulkifli yang kini merupakan anggota Dewan Rakyat yang bebas mendakwa beliau masih merupakan seorang ahli PAS meskipun telah dipecat PKR Mac lalu atas kerana melanggar peraturan parti.

Katanya, PAS sekurang-kurangnya harus memberi makluman notis menunjukkan beliau bukan lagi ahli parti itu.

“Tidak perlu memaklumkan beliau, beliau secara automatik sudah dipecat,” kata Mustafa ketika ditanya sama ada Zulkifli perlu dimaklumkan oleh parti itu.

Zulkifli berkata beliau menjadi ahli PAS sejak 1997.

Pada 2004, Zulkifli bertanding di Kuala Langat atas tiket PAS tetapi tewas di tangan wakil Barisan Nasional, Datuk Dr Shafie Salleh.

Dua tahun lalu Zulkifli menyertai PKR dan bertanding di Kulim-Bandar Baharu dengan menewaskan bekas ketua Pemuda Umno Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: