"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Ribut' pasir: MB Selangor lawan TPM

Cara kerajaan negeri Selangor menangani kes kecurian pasir adalah bukti Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mampu menguruskan sumber negeri, kata timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, kedua-dua pemimpin berkenaan saling tuduh-menuduh di antara satu sama lain berhubung pengurusan air di Selangor.

Muhyiddin berkata, beliau melihat isu itu seperti terabai kerana kerajaan negeri tidak mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat sehingga menjejaskan ekosistem di kawasan itu.

"Dia ada penasihat. Dia ada pakar. Datuk Seri Anwar Ibrahim penasihat kerajaan negeri. Tapi dia tak tahu nak urus. Soal pasir sahaja. Apa susah.

“Tangkap sahaja sesiapa yang buat kesalahan dan ambil tindakan kalau harta tanah itu, pasir itu milik kerajaan negeri,” katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan negeri tidak boleh terus berdiam diri kerana kerana isu berkenaan di bawah bidang kuasa mereka.

"Mereka kata mereka kerajaan yang bersih. Ini telah terbukti. Saya tak tahu mungkin ada elemen rasuah. Saya tidak tuduh tapi apabila tindakan tidak dilakukan bermakna kita
collaborate (bersubahat),” kata beliau.

Beliau mengulas menguruskan isu kecurian pasir di kawasan seluas 400 hektar berhampiran Taman Paya Indah Wetlands, baru-baru ini yang mendapat perhatian media sejak beberapa hari kebelakangan ini.

“Dalam Islam, bersubahat adalah sama dengan melakukan kesalahan. Ini mengikut Islam, saya tidak pasti pendirian PKR kerana ia gagal mbertindak atas isu yang sekecil ini,” katanya dengan nada sinis memberi kiasan seolah-olah gelaja rasuah terbabit.

Semalam, Khalid berkata langkah kerajaan Selangor mewujudkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bertujuan mengawal industri perlombongan pasir yang sebelum ini memberikan pihak tertentu peluang mengaut keuntungan mudah daripada kegiatan berkenaan.

Selain itu, katanya, ia juga bertujuan membolehkan Selangor mengenali selok belok industri berkenaan untuk mengenalpasti ketirisan yang berlaku dalam kegiatan perlombongan pasir.

Tiada ulasan: