"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Brahim Dan Madey, Umpama Timbunan Besi Buruk

ramziredang
Lucu bila membaca artikel yang dinyatakan oleh Ibrahim Katak, bahawa PERKASA sedang memantau limabelas orang pemimpin, sebahagian besarnya adalah dari PKR. Pemimpin ini tidak akan disokong oleh PERKASA pada PRU13 nanti. Tanpa brahim sedari yang dirinya sendiri sebenarnya sudah lama dipantau oleh rakyat. Lagaknya sekarang umpama kaduk naik junjung, ayam menang kampung tergadai. Laungannya tidak ada apa apa makna. Berkokok riuh sekampung sedang punggung bergelumang tahi. Brahim dan Madey umpama timbunan besi buruk, yang boleh dilihat dari jauh, sedangkan ianya hanya barang terbuang.

Brahim perlu kejutkan dirinya dari mimpi. Apakah dia masih terlena dan tidak sedar bahawa dia telah ditolak oleh parti yang dulu menjadi intipati perjuangannya iaitu UMNO? Bahkan hendak menjadi wakil rakyatpun dia memerlukan ihsan PAS untuk bertanding. Dia juga perlu sedar bahawa pada PRU ke 13 nanti, jangan harap PAS akan memberi peluang kedua untuknya.

Terlalu mentahkah Brahim dalam perjuangan politik untuk menyedari bahawa satu satu perjuangan politik memerlukan platfom yang kukuh dan agenda perjuangan yang ketara untuk menawan hati rakyat? Apakah dasar yang ingin ditegakkan oleh Brahim? Jika dia memperjuangkan melayu kenapa dia ditolak oleh UMNO yang mengaku memperjuangkan melayu? Malah jika dia ikhlas, kenapa dia di tolak oleh UMNO Pasir Mas untuk bertanding di kawasan tersebut? Pasir Mas adalah kampung Brahim. Kenapa tidak dia buktikan untuk jadi jaguh kampungnya dulu?

Jika hendak bermegah megah dengan konsesus bebas, tidak malukah Brahim dan para rakan rakan bebas bahawa bilangan ahli konsesus bebas hanya lima orang? Logikkah orang yang hanya lima orang dapat mendabik dada untuk 23 juta rakyat malaysia? 5 nisbah 23 juta itu bermaksud pengasingan. Samada mereka berlima mengasingkan diri atau mereka diasingkan secara tidak langsung oleh rakyat.

Kemunculan Brahim, Madey dan Perkasa memburukkan lagi imej terhadap bekas ahli terbuang UMNO. Dia umpama duri dalam daging kepada agenda 1MALAYSIA. Perjuangan ultra-melayunya menyukarkan Najib. Ianya hanyalah fasa kedua dalam agenda Madey mempercepatkan kejatuhan Najib. Lantaran itulah hingga ke hari ini Najib belum menerima Brahim kembali ke UMNO. Namun ternyata kelebihan berpihak kepada Najib kerana Najib bermain bersih dalam percaturan ini. Kini munculnya suara dari MCA yanng inginkan 'Perkasa CINA' ternyata memberi sindiran bodoh kepada Brahim dan Madey. Ini memberi gambaran seolah olah kerana Perkasa Melayu, akan muncul pula Perkasa Cina, Perkasa India, Perkasa Kadazan, Perkasa Iban, Perkasa Bajau dan macam macam Perkasa.

Tindakan Brahim dan Madey dengan kerenah Perkasa ini umpama 'marahkan nahkoda dibocorkan kapal'. Hasilnya nanti, Madey, Brahim dan UMNO akan sama sama tenggelam. Hasilnya, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Pada PRU ke 13 ternyata kelebihan yang ketara akan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Siapapun tidak dapat menafikan yang sebahagian ahli Perkasa adalah ayam pencen UMNO dan tidak adapun dari parti dari Pakatan Rakyat. Jadi ini memberi maksud Perkasa telah memecah UMNO kepada dua dengan lebih terang dan jelas.

Mungkin kerana melihat 'ramai'nya orang dalam perhimpunan Perkasa maka Brahim dan Madey merasakan ianya kuat? Padahal ramainya mereka itu hanya umpama timbunan besi buruk. Jika kita lalu di kawasan besi buruk, timbunannya boleh dilihat dari jauh, membukit. Padahal ianya hanyalah barang terbuang. Yang hanya akan dikitar semula. Ianya memang ada harga tetapi dikira harga dengan cara berlainan. Ia tidak lagi dikira sebagai besi, tetapi dikira dengan hanya timbang kilo. Memang boleh kita dapati ada macam macam jenis besi tetapi dalam sifat tak sempurna. Kekadang ada periuk tetapi takda tudung, kekadang ada kereta tetapi telah sudah tidak dinamakan kereta kerana dipotong dan macam macam yang memang tidak boleh dibanggakan dengan nama asalnya. Malah kehadiran bisnes besi buruk itu sendiri telah mendatangkan pula satu gejala negatif dalam negara, iaitu kecurian kecurian besi oleh penagih dadah.

Jadi apalagi yang boleh dibanggakan oleh Brahim dan Madey, kalau dia menyedari yang kehadiran mereka dalam persada politik kini hanya sebagai besi buruk. Perlulah Madey dan Brahim insaf, dalam usia yang lebih dekat ke angka 100 bermaksud kita sudah tua dan usang. Zaman berlalu dengan pantasnya. Sedarlah disekeliling kita ramai anak anak muda dengan berbagai latar belakang pelajaran, adalah lebih celik dan cerdik dari kita.

Masa untuk kita sekarang hanya layak berada di atas sejadah, memohon keampunan di atas dosa dosa kita yang lalu. Sedarlah kita tidak selamanya boleh menongkat langit. Tiap tiap satunya bakal dihitung dan bakal menerima balasan yang setimpal. Sedarlah dosa anda terhadap rakyat dan negara terlalu besar.

Soalan menguji IQ:
1. Madey: turun dari takhta kerana didesak oleh parti sendiri.
2. Brahim: ditolak oleh UMNO kawasannya sendiri

Tidakkah itu semua memberi apa apa makna kepada anda?

Tiada ulasan: