"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nazri: Cadangan PERKASA Cina mengarut

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan naib presiden MCA, Datuk Donald Lim supaya satu pertubuhan Cina yang menyerupai kumpulan pejuang Melayu PERKASA ditubuhkan sebagai 'mengarut'.

K
atanya, cadangan seumpama itu akan hanya menyebabkan ketegangan kaum antara Melayu dengan Cina memuncak, sedangkan pada masa sama kerajaan berusaha mengendurkannya.

"Kita mahu mengetepikan PERKASA dan dia pula mahu menjadi pelampau,” kata Nazri kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

"Bagaimana pula dengan kumpulan pelampau India? Kita tubuhkan juga kumpulan pelamapau Kadazan, Iban dan lain-lain. Biar semua kita bergaduhlah, adakah ini yang Lim kehendaki.”

Menurut Nazri sebagai pemimpin kanan BN, Lim tidak sepatutnya membuat kenyataan seumpama itu.

“D
ua kesilapan tidak akan membetulkan keadaan,” kata Nazri.

Jumaat lalu, Lim memberitahu akhbar Cina yang Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor seharusnya menerajui pertubuhan baru bagi menangani serangan agresif daripada PERKASA.

NGO yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali itu dilihat sebagai batu penghalang kepada usaha pembaharuan ekonomi yang diusahakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Nazri, bagaimanapun gagal menjelaskan sama ada BN seharusnya menjauhkan diripada daripada PERKASA atau menghadapi risiko persepsi negatif jika dikaitkan dengannya.

“Saya tidak tahu... Terdapat kebebasan menubuhkan persatuan di neagra ini,” katanya.

Mengulas saranan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno sewajarnya membabitkan pemimpin PERKASA dalam perbincangan, Nazri berkata BN tidak mewakili orang Melayu sahaja.

“Siapa rakyat negara ini? Adalah mereka semua Melayu? Ada juga bukan Melayu. Adakah beliau maksudkan mereka tidak mempunyai hak? Adakah mereka rakyat kelas kedua? Ini yang terjadi jika anda bersetuju dengan kenyataan (Mahathir).

“Tak boleh! Kita tidak boleh terima cadangan seumpama itu meskipun ia datang daripada bekas perdana menteri atau sesiapa sekalipun.

Nazri juga memberi amaran bahawa kerajaan akan bertindak jika PERKASA membuat kenyataan berunsur hasutan.

Dalam hal ini, katanya, rakyat yang tersinggung atau berpendapat yang PERKASA adalah ancaman kepada negara perlu membuat laporan polis.

Tiada ulasan: