"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lombong Pasir di N.Sembilan , UMNO Senyap

amkns
Heboh kegiatan perlombongan pasir di Selangor. Tapi kenapa aktiviti perlombongan pasir di Negeri Sembilan sampai Jabatan Alam Sekitar mengesyorkan kepada Pejabat Tanah untuk menghentikan aktiviti perlombongan pasir kerana menjejas alam sekitar, kerajaan negeri ditabdir UMNO/BN buat tak tahu je? Itu yang dilaporkan, yang tidak dilaporkan? Negeri lain pula? Kenapa TV3, Utusan dll tak nak lapor negeri lain?

MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI!

Dari Blog Adun Bahau http://teokokseong.blogspot.com/2010/04/pencemaran-sungai-yang-disebabkan-oleh.html

Saya telah turun ke Pekan Dangu selepas mendapat aduan daripada penduduk pekan Dangi bahawa sumber air tercemar disebabkan oleh perlombongan dan pencuci pasir di sungai Dangi. Saya berasa terkejut mengapa permit tersebut boleh diluluskan sedangan kerja-kerja di tapak tersebut akan menjejaskan kualiti air dan juga alam sekitar.

Maklum balas daipada Jabatan Alam Sekitar mengatakan bahawa mereka mengesyorkan Pejabat Tanah Kuala Pilah untuk menarik balik permit kerana kawasan tersebut tidak sesuai untuk kerja-kerja perlombongan pasir.

Kerajaan harus menjelaskan kepada semua rakyat mengapakah permit dikeluarkan tanpa menghiraukan kesihatan penduduk.

Tiada ulasan: