"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Salahkah Kalau PKR Berikan Wang Kepada Raja Petra?

Mohd Sayuti Omar

MENURUT Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Aziz beliau ada bukti yang PKR telah memberi wang sebanyak RM500,000 kepada bloger Raja Petra Kamaruddin. Perkara itu juga turut diakui oleh Najib Razak hari ini. Cara isu pemberian wang itu didedahkan seolah-olah tindakan itu satu kesalahan. Baik Nazri maupun Najib seakan mahu mempengaruhi orang ramai supaya marah kepada Raja Petra dan PKR.

Najib telah meminta pihak berkuasa menyiasat apakah tindakan itu satu kesalahan atau pun tidak.

Kenapa begitu dangkal sekali pemahaman politik dan mengenai undang-undang negara ini oleh Nazri dan Najib. Apakah mereka sedar hakikat di sebalik itu cuma sengaja mahu mainkan perkara itu sebagai isu. Kalaulah benar dakwaan mereka itu apakah salah kalau PKR memberikan wang kepada Raja Petra untuk menguatkan partinya di samping memburukkan UBN. Tindakan ada adil. Dalam politik sekular apa juga urusan dihalalkan.

Apakah Umno juga tidak berbuat perkara yang sama? Tidak pernah mengupah atau menggunakan apa-apa agensi atau perantaran untuk membantu mereka? Bolehkah Nazri atau Najib membuktikan bahawa UBN adalah sebuah badan siasah paling bersih?

Kalau cara PKR memberi wang itu kepada Raja Petra (benar), bermakna cara UBN memberi kepada mana-mana pihak untuk mempertahankan parti berkenaan juga satu perbuatan salah. Kalau PKR dan Raja Petra minta dihukumkan maka orang yang memberi atau menerima dari pihak UBN juga kena dilaknat sama. Kalau tindakan PKR itu salah maka UBN juga harus mempersalahkan diri mereka juga.

Saya rasa UBN tidaklah sebersih mana dan turut sama bergelumang dengan najis dan kebusukkan yang dikecam itu. Jadi kalau UBN juga membuat kerja yang sama kenapa harus dikutuk Raja Petra dan PKR. Bukankah tindakan sebegitu boleh double standard atau bersikap nampak kuman di seberang laut tetapi tak nampak gajah di depan mata.

Dalam hal ini saya rasa elok UBN melupai soal Raja Petra. Lagi disebut pelarian itu lagi terkenal. Apa yang baiknya UBN khasnya Umno menunjukkan pengajaran yang baik kepada rakyat. Umno kena pastikan bahawa rasuah tidak berlaku dalam parti berkenaan. Umno kena pastikan bahawa masalah kronisme dan nepotis tidak wujud. Dalam suasana Felda diserang bertalu-talu sebagai bangkrup, UBN wajar mengeluarkan bukti mengenai keadaan kewangan Felda kukuh dan projeknya berpotensi.

Saya nampak persoalan yang ditimbulkan pihak pembangkang masih belum dijawab dengan tuntas. Felda hanya asyik mengerahkan peneroka yang tidak tahu apa benda mengenai Felda itu menunjuk perasaan mengutuk Suara Keadilan. Cara begitu tidak profesional dan menggambarkan pemikiran mereka yang menguruskan Felda dan melayan kerenah Suara Keadilan itu sama tarfnya dengan akhbar lidah rasmi PKR itu.

Membina martabat diri sendiri lebih baik daripada memburukkan orang lain. Hari ini apa juga yang pemimpin Umno lemparkan kepada pemimpin pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim bukan mudah untuk rakyat menerimanya. Seperti mana Umno mempengaruhi rakyat mengatakan Anwar pembohong, agen Yahudi dan sebagainya, begitulah juga rakyat beranggapan kepada UBN dalam memburukkan Anwar itu juga sebagai pembohong.

Keputusan pilihan raya umum lalu menyebabkan UBN kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen membuktikan rakyat menolak UBN. Ada baiknya kalau UBN berusaha secara profesional mengembalikan kuasa itu. Berikan keyakinan kepada rakyat bahwa UBN lebih baik dari Pakatan Rakyat. Saya lihat akhir-akhir ini Najib sudah tidak dapat menahan sabar ikut sama bermain politik ala budak-budak Pakatan Rakyat.

Misalnya Umno memperakui parti itu memperjuangkan Melayu, manakala parti lain meleburkan Melayu, nah Umno harus konsistennya dan perkuatkan semantat dan jiwa mereka mengenai Melayu. Mengukuhkan Melayu secara menyeluruh lebih afdal daripada Umno terus memburukkan pemimpin PKR. Rakyat hari ini sudah matang dan tidak mudah diperolok-olokkan lagi dengan retorika tidak bertunjang
.

Tiada ulasan: