Suruhanjaya Diraja (RCI) yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock diberitahu terdapat persamaan antara kenyataannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan sekeping nota yang didakwa ditulis oleh pembantu politik itu.
Peguam, Muhammad ShafeeAbdullah (kanan) yang mewakili SPRM hari ini mengemukakan nota yang didakwa ditulis oleh Teoh itu.
Teoh dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan salah guna dana kerajaan negeri Selangor oleh majikannya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
Hari ini, pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal berkata Teoh memberitahu SPRM Selangor bahawa segala yang dialkukannya itu adalah “atas arahan YB (Ean Yong)”.
Muhammad Shafee kemudian menyoal Ahmad Nazri jika perkara berkenaan sama dengan nota yang dipercayai ditulis oleh Teoh yang dalam hal ini merujuk kepada “mengikut arahan YB”.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan