"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wow!! Rosmah Memang 'Power'

laniisma
Letih!! Letih pulang bermain air di Bukit Merah Laketown Resort. Namun Ek-ele perlu di'post' juga. Kita ke

tahui Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Perdana Menteri 1Malaysia, Rosmah Mansor memang 'power'. Kali ini Rosmah turun berkempen di Kerdau.
Malaysiakini melaporkan, "Saya minta 30 minit saja (mengundi Syed Ibrahim). Esok kalau dia menang, ada masalah apa pergilah ketuk pintu rumah dia. "Kalau dia tidak buat apa, beritahu saya," kata-kata Rosmah berseloroh.

Rosmah memang berseloroh, tetapi selorohnya adalah realiti. "Kalau dia tidak buat apa, beritahu saya," Rosmah boleh berkata begitu, boleh terus melaporkan kepadanya. Itulah sebabnya menteri-menteri, ahli Parlimen dan Adun-Adun jangan 'dibuat main' dengan Rosmah. Rosmah memang 'power' boleh menggertak sesiapa sahaja. Itulah 'powernya' Perdana menteri 1Malaysia.

Rosmah juga menjelaskan berhubung lawatannya ke Riyadh, beliau hadir ke sana kerana diberikan peluang dan pengiktirafan oleh negara luar yang diakwanya jarang diperoleh oleh rakyat Malaysia, apatah lagi seorang wanita.

Rosmah tetap terasa bersalah, itulah sebabnya dia terpaksa turun berkempen di Kerdau dan menjelaskan perkara tersebut. Kalau tiada apa-apa, lebih baik dia pergi buat rambut untuk lawatan seterusnya ke mana-mana.

Bukit Merah Laketown Resort tu memang 'best', pergilah beremdam di sana.

Tiada ulasan: