"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Askar hilang selama 21 hari ditemui mati dalam gaung

SEREMBAN: Misteri kehilangan seorang anggota tentera selama 21 hari akhirnya terjawab apabila mayat lelaki itu yang hanya tinggal rangka ditemui di dalam sebuah gaung di Kilometer 10, Jalan Gemas-Tampin berhampiran Felda Sungai Kelamah, Tampin dekat sini kelmarin.

Mangsa Mohd. Zaki Ahmudhi, 27, dipercayai terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter sebelum rangka mangsa ditemui oleh orang awam pada pukul 1.35 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Wooi Kooi Cheang berkata, turut ditemui berdekatan dengan rangka Mohd. Zaki adalah sebuah motosikal yang dipercayai ditunggangi mangsa semasa kejadian itu.
-kosmo-

Tiada ulasan: