"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fasha Sandha Paling Seksi HM, Apa Kejadahnya?

laniisma
"Harian Metro (HM) memberi santapan pada hari minggu dengan tajuk "Paling Seksi" dan bahagian dalamnya "Pinggul Fasha Menggoda". Ingat-ingat juga dengan "Paling Seksa". Ishh...takkan tak ingat!! 

KUALA LUMPUR: Istilah seksi dan artis seakan tidak dapat dipisahkan dalam industri seni, sama ada di Hollywood, Bollywood atau di negara kita.

Berikutan itu, Metro Ahad terpanggil untuk menjalankan satu kajian bagi mencari ‘5 Artis Paling Seksi’ tanah air melalui laman web rasmi Kumpulan Harian Metro, MyMetro, bermula 7 Mac lalu.

Pilihan lima artis paling seksi dan panas itu membabitkan 29 selebriti wanita dalam negara. Sejak carta undian ini dikeluarkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni dan pembaca akhbar ini cukup memberangsangkan dengan kira-kira 2,000 pembaca melakukan undian.

Setakat ini, pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha masih menduduki tempat pertama carta undian. Pada minggu pertama, undian teratas mulanya memihak Rozita Che Wan. Namun, nama Fasha membuat kejutan pada minggu berikutnya apabila mendahului semua artis lain dengan rating sebanyak 14.76 peratus sehingga kelmarin.

"Metro Ahad terpanggil", oiii...sedap bunyinya. Apa tujuannya dan apa kejadahnya HM dalam pencarian sebegini. Apakah dan adakah tujuannya untuk mendidik artis-artis yang seksi menjadi tidak seksi. Yang kita nampak artis akan semakin berbangga kerana mereka seksi.

Apakah juga yang ingin dibawa HM kepada pembaca. Mendidik pembaca supaya tidak seksi atau menginginkan pembaca-pembaca HM terbayang-bayang artis seksi mereka di depan mata. Yang perempuan ingin jadikan idola, yang lelaki ..........

Pinggul Fasha Menggoda. Bagus didikan HM. Menggoda disebabkan fotonya berbikini d iBali baru-baru ini.

Namun, aku nak bagi juga yang terseksi tetapi tiada dalam senarai. Miera yang berani menunjukkan buahnya baru-baru ini, dia tak perasan pula dia buahnya terdedah, senangnya mencari helah.

Sebelum ini tak pernah dengar pun, dengar-dengar buahnya terdedah.

Tiada ulasan: