"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Karpal gagal heret CJ Zaki Azmi ke mahkamah

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan daripada peguam kanan Karpal Singh untuk mengheret Tun Zaki Azmi ke mahkamah berhubung dakwaan salah laku ketua hakim negara itu
semasa menjadi peguam pada 1987.
Hakim Datuk Aziah Ali menolak permohonan Karpal membuat semakan kehakimanuntuk memaksa Zaki menjelaskan salah lakunya itu dengan kos RM10,000.

Bagaimanapun menurut Karpal beliau akan membuat rayuan berhubung keputusan itu.

"Saya fikir ia perlu dilanjutkan,” katanya kepada wartawan selepas beredar dari kamar sambil menambah kes itu membabitkan kepentingan awam.

Pada 12 Jan lalu, Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, memfailkan permohonan untuk kebenaran membuat semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah memaksa Zaki menjelaskan salah laku Ketua Hakim Negara itu berikutan pengakuan beliau mengenai perbuatan merasuah kakitangan dan pegawai mahkamah ketika menjadi peguam.

Permohonan itu mengikut Seksyen 5 Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2009.

Menurut Karpal, pihak berkuasa yang sewajarnya mendengar aduan beliau terhadap Zaki seharusnya seorang ketua hakim atau hakim mahkamah persekutuan yang telah bersara.

Karpal juga memohon perintah mahkamah bagi menghalang diri Zaki sendiri bagi menentukan merit aduan ke atas kes berkenaan.

Zaki didakwa membuat kenyataan itu pada ucapannya di sebuah konvensyen di Kuching.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: