"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengumuman Live Streaming Sidang DUN Selangor & Solat Hajat dan Pidato Khas

amirulreza
Makluman kepada semua, TVSNews.net  akan mengadakan liputan siaran langsung Upacara pembukaan Sidang Dewan Negeri Selangor Kedua Belas tahun 2011, Mesyuarat Pertama, Penggal ke-4 bermula jam 8 pagi, 28 Mac 2011. Upacara ini akan di sempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Liputan siaran langsung ini akan berterusan pada 29 Mac, 30 Mac, 31 Mac , 4 April dan 5 April bermula 10 pagi

Siaran Langsung ini boleh diikuti di 
www.tvselangor.com dan Portal Multimedia (Pengguna Rangkaian SUK) iaitu di laman sesawang http://multimedia.selangor.gov.my 

Selain itu, pada 28 Mac 2011 juga,
 TVSNews.net akan mula menyiarkan liputan secara langsung Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 8.30 malam. Majlis secara rasminya akan bermula jam 7 malam.

Segala perkembangan terkini mengenai liputan siaran langsung akan diberitahu dari semasa ke semasa melalui twitter tvs2009.

Siaran ini boleh diikuti melalui 
http://www.tvselangor.comhttp://www.tvsnews.net danhttp://livestream.tvsnews.net 

Tiada ulasan: