"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tahniah Irma Hasmie, Jangan Tiru Siti atau artis-artis lain sudahlah!!!!!

Pengalaman mengerjakan umrah selama dua minggu di Mekah pada bulan Februari lalu membuatkan pelakon Irma Hasmie tertarik untuk terus bertudung litup.

Dia yang ke sana dengan ditemani ibunya. Seperti orang lain, dia juga berniat untuk menjadi seorang insan yang lebih baik selepas pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci.

Menyentuh tentang karier lakonannya selepas ini, Irma masih terbuka menerima apa sahaja watak yang diberikan asalkan dia dibenarkan bertudung dan menutup aurat.


Tahniah, kerana terbuka pintu hati mengerjakan tuntutan agama dengan cara yang terbaik. Ada yang ramai ke Mekah, pulang dengan tidak memberi apa-apa bekas. Lebih-lebih lagi artis, kalau ke Mekah pulang macam sebelum pergi payah juga, kerana artis selalu dilihat orang.

Jadi Irma Hasmie yang memasang niat terbaik janganlah meniru Siti atau artis-artis pula cara bertudung. Dulu-dulu Siti ingin bertudung sebaiknya juga. Dibuka sedikit-sedikit, akhirnya hanya tinggal tocang di kepala. Bertudung juga, namun entah mazhab mana yang dia guna. Dengar ceritanya, Datuk K juga suka Siti tak bertudung, ahhh nak garu kepala.
 

Tiada ulasan: