"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiada peruntukan khusus untuk First Lady

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady iaitu isteri perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

"Tiada peruntukan khusus untuk membiayai kegiatan isteri perdana menteri," katanya.

Johari sebelum itu bertanya berhubung difinisi First Lady, sama ada merujuk kepada isteri Perdana Menteri atau Raja Permaisuri Agong.

Menteri dalam jawapannya menjelaskan First Lady adalah merujuk kepada isteri perdana menteri iaitu mengikut amalan biasa konvensyen dan tidak bercanggah dengan perlembagaan yang menyatakan Raja Permaisuri Agong adalah yang utama.

Pertikaian yang berlaku mengenainya jelas Nazri hanya melibatkan perkara protokol sahaja.

"Panggilan wanita pertama adalah panggilan tidak rasmi tidak berasaskan kepada mana-mana peruntukan undang-undang tetapi berdasarkan amalan dan kelaziman dalam konvensyen,"jelasnya.

Isu First Lady menjadi pertikaian banyak pihak sebelum ini termasuk kos yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan rasmi Rosmah ke luar negara dan aktiviti lain atas nama First Laday.

Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Turut dipertikaikan jabatan First Lady of Malaysia (Flom) yang terdapat dalam portal rasmi pejabat perdana menteri.

Menjawab persoalan itu sebelum ini, Nazri memberitahu ianya telah dibuang kerana mengundang kekeliruan.

Tiada ulasan: