"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Desak Tarik Balik Penggunaan RON95 Dan Gantikan Semula Dengan RON97!!

edyesdotcom
10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) rentung selepas kereta dipandunya terbabas dan terbakar di Lebuh Raya Kajang Silk, semalam. Pemangku Ketua Trafik Selangor, Deputi Superintendan Ismail Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, kereta dipandu S A Vimalan, 26, terbabas dan hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.- SinarHarian

Salam, Sepatutnya berita di atas masuk pagi semalam (Rabu)tetapi oleh kerana kesulitan yang tidak dapat dielakkan, berita ini masuk sedikit lewat di blog edyesdotcom.

Walaupun begitu samada lewat atau cepat, berita ini harus terus disampaikan kepada semua pengguna kenderaan yang tidak mampu mengisi RON97 sebagai minyak kenderaan masing-masing.
Semalam (kelmarin), lagi kenderaan terbakar dan kali ini menyebabkan seorang OKU rentung!!
Saya tidak pasti apakah kondisi kereta yang dipandu OKU ini terlalu teruk menyebabkan kebakaran tetapi saya pasti jika kali ini pemandu yang juga seorang OKU pastinya menghadapi kesulitan untuk melompat dari kenderaan yang terbakar.
>
Jika lewat Febuari lalu kita mendapat saya ada menulis dalam satu artikel yang bertajuk "Kenderaan Terbakar Seminggu Sekali?" dalam entry di sini , dan saya petik tulisan saya di bawah;
Minggu lepas kita baru dikejutkan dengan berita menyayat hati apabila sebuah Proton BLM terbakar ketika yang sama, mangsa bergelut untuk keluar dari kenderaan yang sedang marak terbakar. Kesudahannya seorang dari empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Harus difikirkan saranan kerajaan untuk menyaman pengguna yang tidak mengenakan talipinggang keledar di tempat duduk belakang, mungkin sebenarnya mengundang bahaya yang jauh lebih tinggi. Dalam keadaan tidak sedar atau cedera parah, ia pasti menyulitkan cubaan untuk keluar dari kenderaan yang sedang terbakar.
Saya yakin mangsa yang berada di tempat duduk belakang dalam BLM terbakar minggu lalu tidak mengenakan talipinggang keledar. Bayangkan sekiranya talipinggang belakang itu dikenakan, tidak mustahil ia menjadi penyebab kepada hangusnya empat orang mangsa.

Ketika saya menulis artikel tersebut, ada dua kemalangan terbakar berlaku dalam dua minggu. Satu kemalangan terbakar melibatkan sebuah Proton BLM yang menyebabkan seorang maut di tempat kejadian dan 3 lagi cedera parah, tetapi tidak rentung (berita di sini). Manakala satu kes lagi adalah lebih menyayat hati apabila dua beradik rentung dalam kemalangan terbakar (berita metro di sini).
Minggu lepas pula satu lagi kemalangan terbakar yang hampir menyebabkan 2 beranak rentung apabila kenderaan yang dinaiki terbakar dalam sebuah kemalangan dan mangsa berjaya keluar. Akhir sekali iaitu dua hari yang lepas, warga OKU pula menjadi mangsa kemalangan terbakar apabila turut rentung dalam sebuah kemalangan yang hanya melanggar pembahagi jalan sahaja, (beritanya di sini).
Setakat ini dari pemerhatian saya, dalam masa 4 minggu telah berlaku 4 kemalangan terbakar yang direkodkan, belum kira kemalangan terbakar yang mungkin kita terlepas pandang. Dalam keempat-empat kemalangan terbakar itu, 3 daripadanya menghasilkan maut yang melibatkan 4 orang kesemuanya.
Saudara dan saudari sekalian, kita semua panik bila mendengar kebocoran logi nuklear yang berlaku di Jepun, namun tanpa kita sedar risiko lebih besar sebenarnya berada disekeliling kita. Risiko yang dimaksudkan ialah jumlah kemalangan maut yang tinggi, dan lebih menakutkan ialah kali ini jumlah yang rentung telah meningkat semenjak RON95 diperkenalkan. Sila cari statistik ini!
Mengapa kerajaan belum lagi bertindak untuk menarik balik penggunaan RON95 dan digantikan semula RON97 untuk rakyat dengan harga sepertimana RON95? Apakah nyawa rakyat Malaysia ini bersedia untuk dikorbankan bila-bila masa dengan meringankan beban kerajaan sedangkan pengusaha petrolium milik rakyat iaitu Petronas adalah syarikat gergasi ke-6 paling untung di dunia!!
Bilakah rakyat semua akan sedar misteri kenderaan terbakar yang semakin kerap berlaku dalam negara sekarang ini? Cubalah saudara tanya lebai google dengan pertanyaan "kemalangan kenderaan terbakar", pasti saudara semua terkejut dengan senarai-senarai kemalangan terbakar samada melibatkan rentung ataupun tidak.
Adakah saudara nak tunggu sampai kejadian kemalangan terbakar ini melibatkan sanak saudara terlebih dahulu baru nak sedar? Atau melibatkan ahli keluarga terlebih dahulu? Mintak simpang malaikat 44! Saya mohon doa agar tuhan memberi sedikit ehsan untuk perkara sebegini dielakkan berlaku dalam keluarga dan diri sendiri.
Berikut saya senaraikan lagi entry-entry tulisan saya yang sebelum ini pernah menyebabkan isu kenderaan terbakar menjadi isu nasional, tetapi isu tersebut hanya berlegar tanpa ada jawapan yang benar-benar meyakinkan;
 
 
 
Harapan saya, agar akan timbul kesedaran untuk mendesak kerajaan Malaysia menarik balik penggunaan RON95 dalam negara dan menggantikannya semula dengan RON97 !!
Sedar atau tidak sedar, rakyat sebenarnya telah menjadi tunggangan kerajaan dalam aksi ujikaji percubaan kesesuaian RON95 dalam iklim cuaca di negara Malaysia. Inilah yang dimaksudkan dalam slogan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan !!
EDYES @ edyesdotcom
Court oF Public Opinion
Desak Tarik Balik Penggunaan RON95 Dan Gantikan Semula Dengan RON97!!

Tiada ulasan: