"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM Digesa Siasat Dana Luar biasa UMNO, YKE



Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat sumber dana Umno Selangor dan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) yang memperuntukkan lebih setengah juta ringgit sebagai wang saku untuk pelajar di negeri ini yang menuntut di Mesir.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, berkata siasatan itu perlu kerana UMNO Selangor mempunyai kemampuan menghulur wang yang luar biasa sungguhpun masih berhutang RM236,000 kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai tunggakan cukai pintu untuk Bangunan Umno negeri itu.

Faekah menengaskan beliau tidak bermasalah dengan usaha UMNO menabur bakti kepada pelajar- pelajar berkenaan, namun SPRM harus menyiasat kenapa UMNO Selangor tidak melangsaikan hutang MBSA, yang memerlukan dana demi kebajikan dan keselesaan rakyat Selangor.

"Memandangkan 'keupayaan kewangan' UMNO Selangor berada pada paras yang baik, kerajaan negeri Selangor akan turut meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menuntut semua hutang parti itu kepada PBT dalam tempoh dua minggu," ujar Faekah.

Tindakan UMNO Selangor memberi wang saku kepada pelajar yang menuntut di Mesir dibuat setelah kerajaan negeri Pakatan Rakyat meluluskan peruntukan RM2 juta untuk menghantar balik pelajar terbabit ke Mesir setelah keadaan politik di negara Arab itu semakin pulih.

Faekah menegaskan, SPRM harus menyiasat Umno Selangor dan YKE seperti mana badan itu bingkas menyiasat apa sahaja dakwaan yang melibatkan Pakatan Rakyat.

Beliau merujuk kepada siasatan terbaru, SPRM terhadap tuduhan rambang kononnya Perbadanan Menteri Besar (MBI) membazirkan duit rakyat untuk menjadi tuan rumah kepada perwakilan dari Sabah dan Sarawak yang meninjau pembangunan di Sarawak. 

Faekah menambah, sebarang keengganan SPRM menyiasat Umno Selangor dan YKE hanya akan merendahkan martabat badan itu di kaca mata rakyat.
-tvsnews-

Tiada ulasan: