"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak Exco Perlis didakwa miliki dadah



MOHD. FAIZ (kiri) memperkatakan sesuatu kepada salah seorang rakannya selepas dituduh memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kangar semalam.
KANGAR: Seorang anak Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis bersama tiga lagi rakannya mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah tahun lalu.
Mohd. Faiz Mansor, 27, bersama Nuri Cham Churi Mat, 36, Nazeri Yusof, 39 dan Fuziana Muhammad, 25, didakwa memiliki 1.46 gram heroin dan 0.4 gram morfin di pekarangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Aik, Padang Besar pukul 7 malam pada 7 Disember lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) Akta yang sama.
Bagaimanapun, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.
-kosmo-

Tiada ulasan: