"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rumah, pejabat 2 ADUN PKR dipecah masuk

NONE
Dua wakil rakyat PKR menjadi mangsa kecurian apabila presmis mereka masing-masing dipecah masuk sehingga melibatkan kerugian sebanyak RM10,000.

Kejadian di rumah ADUN Teja Chang Lih Kang di Ipoh malam tadi, disyaki dilakukan "pencuri profesional" kerana sudah dua kali berlaku sebelum ini.

Manakala ADUN Batu Uban V Raveentharan pula yang pusat khidmat masyarakatnya yang disedari dipecah masuk pagi tadi kehilangan sebuah monitor dan Unit Pemprosesan Pusat (CPU) komputer.

Menurut Chang, kejadian di rumahnya malam tadi berlaku antara jam 8 hingga 11 malam semalam sewaktu beliau dan keluarganya tidak berada di tempat kejadian.

Tambahnya, selepas memeriksa, beliau mendapati sebuah telefon, sebatang pen berjenama, dua beg tangan ibunya dan wang tunai RM800 - kesemuanya dianggarkan RM10,000 - sudah lesap ketika mereka pulang.

"Ini adalah kejadian (kecurian) kedua berlaku dalam tempoh tiga bulan. Kali pertama berlaku pada 27 November tahun lalu," katanya dengan nada kecewa.

Chang juga tidak mengesyaki perbuatan itu bermotifkan politik dan telah membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.

Gambar, fail penting hilang

Sementara itu, Raveentharan pula berkata kejadian di pejabatnya di Bayan Baru itu disedarinya oleh seorang pembantunya yang tiba ke pejabat pada jam 10 pagi tadi.
penang pkr adun raveentharan police report
"Banyak gambar dan fail-fail penting dalam komputer itu. Ada (juga) fail surat menyurat dalam komputer itu," kata Raveentharan kepadaMalaysiakini.

Wakil rakyat PKR itu bagaimanapun mengesyaki kejadian itu berlaku semalam atau kelmarin ketika tiada sesiapa di pejabat kerana bercuti hujung minggu.

Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati, pintu pusat khidmat itu - yang baru lima bulan digunakan - terdapat kesan kopakan, dipercayai dilakukan oleh pencuri.

Bagaimanapun, tambahnya, keadaan pejabat kekal tersusun dan seperti tidak disentuh.

Pihaknya kini sedang membuat laporan polis berdekatan.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: