"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rumah dipecah masuk, Adun Teja rugi RM10,000

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang menanggung kerugian hampir RM10,000 apabila rumahnya dipecah masuk malam tadi.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily awal pagi ini berkata, kejadian itu berlaku antara jam 8 malam hingga 11 malam tadi ketika semua ahli keluarganya tiada di rumah.
(Gambar: Polis mengambil keterangan daripada Chang Lih Kang.)

"Bila sampai di rumah, saya dapati pintu rumah terbuka, kami tidak masuk kerana khuatir pencuri masih ada di dalam dan saya terus menghubungi polis," katanya.

Menurutnya, wang tunai berjumlah RM800, sebuah telefon bimbit yang baru dibelinya, beg tangan ibunya dan sebatang pen berjenama kepunyaan ayahnya, dan beberapa barangan lain didapati lesap.

Kejadian malam tadi merupakan yang kedua dalam tempoh tiga bulan yang menimpanya.

Kejadian pertama berlaku pada 27 November tahun lalu.

"Saya sangat kecewa sepanjang tempoh tinggal di sini hampir 25 tahun tak pernah berlaku.

"Polis perlu ambil tindakan lebih serius kerana pencuri makin berani.

"Tumpu betul-betul tangani jenayah bukan lebih menumpukan untuk buat risikan politik sahaja," katanya.

Laporan polis sudah dibuat dan polis sudah mengambil keterangan beliau malam tadi.

Tiada ulasan: