"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cucu nekad selamatkan nenek



BEGINILAH keadaan rumah Wook yang musnah selepas dijilat api dalam kebakaran di Kampung Padang Polis, Kuala Terengganu kelmarin.

KUALA TERENGGANU: Tindakan berani seorang budak perempuan meredah bahang api untuk menarik keluar neneknya dapat menyelamatkan wanita tersebut daripada rentung dalam kebakaran di Kampung Padang Polis, Batu Rakit dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 4 petang itu hampir menyebabkan Wook Mohd. Jin, 83, hangus apabila dia cuba untuk memadamkan api yang menjilat rumahnya sebelum diselamatkan oleh cucunya, Nurul Shahadah Zulkifli, 12.
Menurut Nurul Shahadah, dia menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi percikan api dari bahagian depan rumah neneknya yang terletak kira-kira 20 meter daripada rumah yang didiaminya bersama ibu bapanya.
Katanya, tanpa membuang masa, dia terus pergi ke rumah tersebut sebelum ternampak neneknya telah terjatuh. Dia kemudian pergi meminta bantuan jiran-jiran.
"Sebaik tiba, saya terkejut apabila mendapati Tok (Wook) telah masuk ke dalam rumah dan cuba memadamkan api dengan membuka kepala paip di ruang dapur.
"Saya menangis dan cuba memanggil Tok tetapi tidak diendahkan kerana bising sebelum saya memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan menariknya keluar," ceritanya ketika ditemui dekat sini kelmarin.
-kosmo-

Tiada ulasan: