KUALA LUMPUR 16 Mac: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter dikesan di pantai timur Honshu, Jepun pada pukul 11.52 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, gegaran itu berlaku kira-kira 4,037km dari timur laut Kudat, Sabah.
Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan gempa itu dan akan memaklumkan maklumat terkini kepada orang ramai.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan