"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PBB benarkan serangan udara di Libya


Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengundi membenarkan serangan udara bagi menghentikan asakan tentera Muammar Gaddafi terhadap kawasan yang dikuasai pemberontak.

Sehubungan itu, pengeboman dijangka dilancarkan tidak lama lagi. 
NONEDi Tripoli, Libya berkata resolusi Majlis Keselamatan PBB yang membenarkan serangan udara terhadap tentera kerajaan "mengancam perpaduan" negara itu dan bersamaan dengan gesaan supaya rakyatnya saling berbunuhan.

“Resolusi itu menunjukkan sikap agresif masyarakat antarabangsa yang mengancam perpaduan Libya dan kestabilannya," kata Timbalan Menteri Luar, Khaled Kaaim.

Beliau berkata, undian Majlis Keselamatan PBB itu juga bersamaan dengan "gesaan supaya rakyat Libya saling berbunuhan" dan sejajar kehendak Perancis, Britain dan Amerika yarikat untuk melihat negaranya berpecah.
NONEMajlis Keselamatan PBB dengan 15 anggota itu meluluskan resolusi yang membenarkan "segala tindakan perlu" bagi menguatkuasakan zon laranggan terbang, melindungi kawasan orang awam dan melaksanakan gencatan senjata terhadap tentera Muammar Gaddafi.

Resolusi itu diluluskan dengan 10 undi menyokong dan lima berkecuali.

Anggota tetap China dan Russia adalah antara negara yang berkecuali tetapi tidak menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi itu.

Sementara itu dalam perkembangan di Benghazi, pasukan tentera pro Ghaddafi dilaporkan melancarkan serangan udara di tiga kawasan pinggir bandar itu yang kini dikuasai pemberontak, semalam.
NONE“Kami tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai sebarang kerosakan dan kecederaan.

“Serangan tersebut nampaknya seolah-olah satu amaran kepada kami, ia satu cabaran terhadap masyarakat antarabangsa,” kata seorang jurucakap kumpulan pemberontak yang tidak mahu namanya disiarkan.

-Agensi-

Tiada ulasan: