Ust Saiful Bahri
BIRZEBBUGA: Ini mungkin kes paling tragis yang dialami oleh binatang. Seekor anjing ditembak 40 kali di kepalanya, diikat, dan kemudian ditanam hidup-hidup dengan hanya hidungnya di permukaan pasir. Tapi, Subhanallah.. anjing itu tetap hidup.
Anjing (crossbreed mongrel) yang diberi nama 'Bintang' oleh penyelamatnya itu ditemui dekat Kota Birzebbuga, Malta.
Anjing tersebut ditemukan oleh petugas yang sedang melakukan penyelidikan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah papan kayu yang tertindih sebongkah kayu pohon besar. Saat menyiasat arah suara rintihan tersebut, petugas itu sangat terkejut dengan menemui seekor anjing yang nazak. Ketika menggali pasir untuk mengangkat anjing malang tersebut didapati keempat kaki 'Bintang' diikat sehingga tidak mampu bergerak sama sekali.
Ketika diperiksa didapati 'Bintang' telah ditembak sebanyak 40 kali. Ajaibnya, kumpulan dokter berhasil mengambil 40 peluru yang bersarang di kepala 'Bintang' melalui sebuah operasi dihospital Ta' Qali.
'Bintang' Berjaya diselamatkan. Insiden penganiayaan binatang ini membangkitkan kemarahan masyarakat. Mereka menuntut agar hukuman terhadap pelaku penganiayaan binatang perlu dihukum berat menjadi satu tahun penjara dan denda 46.500 euro. Kumpulan pecinta binatang menggerakkan protes atas tindakan 'menjijikan' terhadap 'Bintang'. Satu laman facebook diwujudkan di mana jumlahnya sudah mencapai 7.000 pengikut. Sebanyak 1.000 tandatangan menandatangani petisyen dunia maya untuk membantu menangkap pelaku penyiksaan 'Bintang'. Mereka juga sepakat menyumbang untuk melunasi biaya operasi dan penjagaan 'Bintang'. Tawaran juga dikeluarkan bagi siapa yang berjaya menangkap penembak bintang.
Sememangnya anjing itu menjadi bintang kini. Betapa manusia mempunyai naluri sensitif terhadap kezaliman, penyiksaan dan penindasan meskipun ianya terhadap seekor binatang.
Amat malang jika manusia yang melakukan kezaliman disokong. Munasabahlah didalam Islam, orang yang menyokong kezaliman disambar api neraka.Allah membenci kezaliman. Cuma manusia apabila melakukan kezaliman pandailah ditutupnya. Mereka membunuh, memenjara manusia yang tidak bersalah, ISA tanpa bicara, memecat, menukar penjawat awam, merasuah, menipu, menindas, merompak hasil khazanah Negara… tetapi mereka pandai bersembunyi disebalik media, wang dan perunding imej mereka.
Adakah mereka ini patut diikat kaki-tangan, ditembak kepala dan ditimbus ke dalam tanah? Ye! Kalau diikut nafsu begitulah hukumannya tetapi Allah menurunkan hukum-hakamNya. Tetapi bagi yang terlepas didunia… akhirat masih menanti mereka. Bernyawakah lagi Umno-BN selepas Pru-13?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan