"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis diminta siasat Blogger Umno ugut bunuh ahli AMK


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa pihak polis mengambil tindakan segera terhadap seorang blogger pro Umno yang membuat ancaman bunuh terhadap salah seorang anggota AMK.
Semalam, satu laporan polis dibuat ahli Angkatan Muda KEADILAN di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, berhubung ancaman tersebut yang diterima melalui laman web sosial, Facebook.
Mohd Azuan Ab Rahman, 33 mendakwa ugutan untuk membunuhnya diterima daripada blogger Umno, Papa Gomo yang sebelum ini juga merupakan dalang yang menyebarkan video fitnah berunsur lucah di internet.
Dalam aduan itu, Mohd Azuan yang juga seorang blogger Harapan rakyat, mendakwa antara lain menerima ancaman berbunyi “nak mati ke?” dan “memang nak mati dah hang ni…tunggu lah masanya”.
Justeru Naib Presiden KEADILAN, Azmizam Zaman Huri berkata, beliau menggesa pihak polis mengambil langkah bagi memastikan keselamatan Azuan dan menyiasat kes itu kerana ia merupakan satu ancaman yang serius.
Malah, katanya blogger terbabit  turut mendakwa mengetahui tempat tinggal Mohd Azuan.
“Kita minta polis beri perlindungan dan pastikan keselamatan kepada Azuan. Ini merupakan satu ancaman yang serius. Ia bukan sekadar mengugut malah papagomo juga mendakwa menjemui rumah Azuan.
“Dia mungkin boleh membuat sesuatu yang membahayakan atau mencederakan Azuan. Polis jangan pandang remeh dan menganggap kes ini sebagai gurauan,” ujarnya.

Tiada ulasan: