merong
Isu IPP perlu dipanaskan di pentas politik sepertimana panasnya isu video seks kerana inilah isu yang menjadi tautan kepada pelbagai masaalah rakyat yg lain contohnya:
1. beban kenaikkan harga petrol
2. beban kenaikkan harga barang
3. inflasi kepada pengguna
4. rakyat terpaksa kerja lebih masa atau buat 2 kerja sehari.
5. penguncupan ekonomi Negara
Tidak semua org faham dan kita memerlukan seorang yg dapat merungkaikan isu ini secara mudah faham dan effektif hingga ke akar umbi kerana isu yang melibat wang selalunya akan mendapat perhatian orang ramai.
Sekiranya pembangkang mampu memanaskan isu ini sepanas isu video seks, saya yakin rakyat akar umbi lebih terbuka mata hatta penyokong UMNO totok sekalipun.
Dan yang lebih baik lagi jika pihak pimpinan pembangkang mampu membuat desakan yang hebat kepada kerajaan sebagaimana BERSIH untuk isu ketidakadilan SPR. Ini melibatkan wang cukai rakyat.
Apa yg rakyat perlu tahu secara mudah tentang IPP?
1. Apakah itu IPP?
2. Siapa pemiliknya dan kaitan mereka dgn pemimpin UMNO?
3. Bagaimana ia beroperasi?
4. Kaitannya dengan Kerajaan Malaysia.?
5. Malaysia tanpa IPP.
PAS/PKR/DAP perlu mengambil kesempatan ini untuk memberi kefahaman kpd rakyat bagaimana selama ini kerajaan sebenarnya membela KRONI mereka. Jgn lah biarkan isu politik hanya berkisar kpd Anwar sahaja. Rakyat perlukan variasi dlm penerimaan maklumat.
PAS/PKR/DAP janganlah setakat bercakap sahaja isu ini kemudian berdiam tanpa memberi kesan yg positif kepada kesedaran politik rakyat Malaysia. Isu yang dilayan hangat-hangat taik ayam selalunya diklasifikasikan sebagai isu bohong dan janganlah menarik minat minda rakyat berpolitik sekitar isu seks sahaja.Itulah yang berlaku selama ini. Ini amat merugikan politik pembangkang.
Mohon Pertimbangan.
WALLAHUALAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan