"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kuli Menyokong Negara Kebajikan PAS

laniismaaNajib dalam keadaan mamai setelah pulang melihat bakal menantu Kazakhstan berkata negara kebajikan PAS pelik dan menghairankan. Ini kerana katanya, ia sudah lama diperjuangkan BN. "Saya pelik dan ajaib", kata Najib yang sememangnya gerun dengan perubahan yang dibuat PAS.

Salah satu yang diinginkan PAS dengan negara kebajikan dimahukan juga oleh orang UMNO sendiri. Sebagai contoh orang UMNO dan ahli Parlimen UMNO, Kuli mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji dan menyiasat syarikat pembekal kuasa tenaga kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didakwa mengaut keuntungan berpuluh kali ganda.

Kuli berkata TNB terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang tinggi dan sekaligus membebankan kehidupan rakyat menerusi tarif baru elektrik yang berkuat kuasa 1 Jun lepas. Ia mendapat persetujuan kerajaan Najib apabila membuat semakan semula harga gas.

Sepatutunya inilah yang menyebabkan Najib merasa pelik dan ajaib, bukannya dengan negara kebajikan PAS. Mungkin inikah juga yang dikatakan Najib bahawa negara kebajikan yang telah lama diperjuangkan BN. Menjaga kebajikan pembekal kuasa tenaga daripada kebajikan rakyat.

Ini salah satu contoh. Tentunya juga Kuli bagi Najib pelik dan ajaib!!

Tiada ulasan: