"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inkues Sarbani: Allahyarham Seorang Yang Penyabar-Isteri


KUALA LUMPUR 4, JULAI: Prosiding inkues untuk menyiasat punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed yang bermula hari ini menyaksikan isteri Allahyarham, Maziah Manap menceritakan karektor suaminya, sekaligus menafikan kemungkinan bahawa suaminya itu sanggup membunuh diri.

"Beliau seorang yang penyabar, biasalah suami isteri, dalam perkahwinan adakala kami bergaduh, dan arwah akan ke surau kalau ada masalah," demikian kata Maziah ketika dipanggil sebagai saksi pertama dalam kes kematian Sarbani di Mahkamah Majistret di sini.

Prosiding itu didengar di hadapan koroner Aizatul Akmal Maharani, dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abas dan Hanim
Mohd Rashid.

Turut serta peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Fadzillah Mohd Osman yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta peguam
Awtar Singh yang bertindak sebagai peguam pemerhati mewakili keluarga Allahyarham.

Selain itu, peguam Salim Bashir, Roger Than dan Halim Asghar daripada Majlis Peguam turut bertindak sebagai peguam pemerhati.

Maziah antara 30 saksi yang dipanggil memberikan keterangan bagi menyisat punca kematian Sarbani pada April lalu.

Allayarham ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan untuk membantu siasatan kes rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram.

Sebelum ini timbul pelbagai pertikaian berhubung kematian Sarbani sehingga timbul spekulasi bahawa Allahyarham membunuh diri.

Sarbani antara yang ditahan oleh SPRM, hasil kerjasama dengan  beberapa agensi lain berjaya menahan lebih 60 pegawai kanan Jabatan Kastam dan merampas jutaan ringgit, jongkong emas dan barangan milik berharga seperti kereta dan jam tangan mewah daripada mereka.

Serbuan dilaksanakan di beberapa pelaburan seluruh negara terutama Pulau Pinang, Pelabuhan Klang, Kuantan, Johor dan Sabah berikutan maklumat bahawa sindiket dengan ‘kaki’ dalam banyak organisasi membabitkan kerugian lebih RM10 bilion menerusi pengelakkan cukai dan penggelapan wang.

Maziah dalam keterangannya memberitahu mahkamah, beliau hanya mengetahui suaminya disoal siasat pada malam 1 April 2011 setelah Allahyarham pulang dari kerja.

Melalui perbualan ringkas itu, Maziah berkata, Sarbani memberitahunya beliau disoal siasat berhubung baucer bernilai RM100.

Sarbani menjelaskan dirinya dianiaya oleh agen.

Selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000, beberapa hari kemudian Maziah menerima berita mengejutkan apabila beliau dimaklumkan suaminya ditemui mati akibat rebah.

Namun setelah melihat keadaan mayat suaminya di Hospital Univesiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), beliau mengesyaki sesuatu telah berlaku ke atas suaminya kerana keadaan muka mayat lebam dan berdarah beku.

Setelah itu baru dirinya mengetahui suaminya bukan mati akibat rebah tetapi terjatuh bangunan.

" Saya dimaklumkan beliau meninggal dunia akibat rebah. Pada saya rebah mungkin terjatuh kerusi atau ke lantai, dan redha ia mungkin sudah ajal, tetapi bila

buat pengecaman dibilik mayat, muka suami saya seperti dihempuk ke dinding, darah beku dan lebam,"kata Maziah.
-tvsnews-

Tiada ulasan: